Recently Posted

Archive for January, 2008


Pemain media serba guna VLC

VLC merupakan perisian sumber terbuka pemain media ataupun lebih dikenali sebagai media player. Apa yang menarik pada perisian ini adalah keupayaannya membuka hampir kesemua jenis media seperti MPEG-1, MPEG-2, MPEG-4, DivX, mp3, ogg, dan banyak lagi serta boleh juga memainkan DVDVCD, dan pelbagai streaming media.Perisian ini juga boleh dipasang di kebanyakan sistem operasi yang popular seperti Windows, Mac OS dan juga lebih dari 12 jenis linux. Saiz perisian ini untuk digunakan pada Windows adalah kira-kira 10 MB sahaja dan ianya adalah perisian yang bebas dari sebarang adware, spyware dan juga virus. Saya sendiri lebih gemar menggunakan perisian VLC ini kerana saya tidak perlu memasang perisian lain untuk memainkan pelbagai jenis fail media yang saya ada.Berikut adalah screen shot perisian tersebut:-

media player  Perisian ini juga boleh disesuaikan dengan “skin” yang menarik untuk disesuaikan dengan komputer anda seperti juga pemain media player lain seperti WinAmp dan lain-lain.Untuk memuat turun perisian ini, sila klik di sini… Sekiranya anda ingin perisian tersebut dimuatkan di dalam CD beserta banyak lagi perisian percuma yang lain, Klik Di Sini untuk senarai lengkap perisian percuma dengan penghantaran PERCUMA terus ke pintu rumah anda.