Recently Posted

Archive for September, 2007


Screen saver percuma sumber terbuka

Bila kita cari di google, tentu banyak screen saver yang menarik. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Kali ini saya ingin menunjukkan screen saver berasaskan sumber terbuka. Ianya dikenali sebagai Really Slick Screensavers. Di sini saya tunjukkan beberapa contoh screen saver tersebut:-

screen-saver-percuma-6  screen-saver-percuma-5  screen-saver-percuma-4 

screen-saver-percuma-3  screen-saver-percuma-2  screen-saver-percuma-1

Screen saver ini bukan sahaja boleh dipasang pada Windows, tetapi juga sesuai digunakan pada Linux, Solaris dan juga Mac OS X. Walaubagaimanapun, ianya tidak sesuai untuk komputer yang agak lama spesifikasinya kerana ia juga menggunakan grafik yang agak tinggi. Screen saver ini adalah berasaskan OpenGL.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Really Slick Screensavers ini, anda boleh download secara terus di sini. Sekiranya anda ingin perisian tersebut dimuatkan di dalam CD beserta banyak lagi perisian percuma yang lain, Klik Di Sini untuk senarai lengkap perisian percuma dengan penghantaran terus ke pintu rumah anda.


PerisianPercuma.com genap setahun

Salam sejahtera pembaca blog yang setia.

Hari ni tarikh rasmi genap setahun saya melancarkan website PerisianPercuma.com yang merupakan perniagaan internet saya yang pertama. Saya ucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang telah mendapatkan CD Perisian Terbuka tidak kira samada dari website percuma.net, PerisianPercuma.com ataupun TeknikBlog.com

Terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya dan memberi kepercayaan kepada perisian terbuka sebagai perisian alternatif anda. Walaupun perisian ini percuma, ianya tidak  boleh diperlekehkan atau dicap sebagai ‘perisian murahan’ kerana dari masa ke semasa, perisian sumber terbuka semakin maju dan semakin mendapat tempat samada di peringkat antarabangsa mahupun Malaysia.

Salah satu sebab mengapa perisian terbuka mendapat tempat di sekolah, IPT dan juga korporat adalah kerana perisian tersebut adalah kerana kos yang amat efektif dan juga setanding dengan perisian berbayar dan juga semakin berkembang selaras dengan pembangunan perisian komersil.

Tidak lama lagi, saya akan melancarkan Newsletter Perisian Percuma untuk memberi maklumat terkini tentang perisian percuma terus kepada email anda. Nantikan kemunculannya.

Sempena 11 Septemer 2007, saya ingin memberi CD percuma kepada anda melalui pembelian berikut:-

sekian dari Azahari Waid pengasas PerisianPercuma.com