
Archive for August, 2007


Setelah sekian lama saya post berkenaan perisian, apa kata kali ni tiba masa untuk topik santai pula. Saya sebenarnya baru lepas kena tag dengan saudara Alang. Alamak kali ni dah masuk kali ke dua kena tag. Tag yang pertama pun tak berbalas lagi …. tentang vCard.. nanti saya akan publish tak lama lagi … jangan risau..
Ok topik kali ni takde kaitan dengan perisian, cuma topik untuk menyahut seruan tag dari saudara Alang yang juga telah di tag oleh saudara mohdsuhaimy.com. Nampaknya kali ni saya terkena tempias lagi..sebelum ni tentang vCard. Tak sempat saya nak reply tag tersebut. Tapi tak lama lagi saya akan reply ye Alang.
Topik kali ini adalah 5 perkara yang anda tidak tahu tentang diri / perniagaan internet / laman web saya.
1. Saya pernah belajar jurusan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Saya menuntut di salah sebuah IPTA di Kuala Lumpur. Kononnya nak belajar elektronik. Tetapi bila dah start belajar, baru saya sedar yang sebenarnya saya lebih minat kepada komputer.Banyak masa saya habiskan untuk belajar cara membuat web, installation komputer, belajar command prompt dan hal-hal lain berkaitan komputer.
Saya juga pernah menolong staff makmal komputer dalam proses installation walaupun elaun yang diberikan tidak banyak, namun kerana minat yang mendalam tentang komputer saya sanggup habiskan banyak masa di makmal komputer. Akhirnya saya tewas di tahun akhir kerana tidak berjaya menamatkan pengajian. Kini saya telah tamat belajar di IPT di bawah kelolaan MARA dengan mengambil HND in Engineering & Business IT. Yang tak bestnya, saya kena juga belajar elektronik sebab elektronik merupakan matapelajaran wajib di institut tersebut. Aduh! tak boleh lari jugak nampaknya …. hehe.
2. Kenapa panggil saya “Asid”?
Sewaktu di sekolah rendah, saya pernah digelar “asid” tapi saya sendiri tak tau kenapa kawan-kawan sekolah menggelarkannya sedemikian.Sampai sekarang pun saya masih taktau. Kepada student Methodist English School Ayer Tawar, Perak kalau sekelas saya dulu kenal lagi kot ‘asid’ ni ? hehe. Sampai sekarang ada juga yang masih panggil asid, saya suka pulak tu! hehe
3. Belajar menaip pantas dengan mIRC
Walaupun saya tidak katakan saya menaip terlalu pantas, tapi sebenarnya banyak juga saya pelajari cara menaip dengan pantas melalui mIRC. Satu ketika dulu mIRC merupakan salah satu kegilaan remaja (saya la kot) untuk berhubung. Masa tu mana ada YM, Google Talk dan MSN msg. Hanya warna text yang menghujani chatting tersebut. Banyak kali juga kena nuke, tiba-tiba PC ‘hang’ je. Kalau yang kenal saya, dulu saya chatting di server Undernet dalam channel #UTM,#UTMKL (antara founder channel jugalah) dan #MMU (jadi OP undangan). Nickname saya masa tu NetScaPe3 dan rasanya yang terakhir saya gunakan adalah PakSu.
4. Domain
Sebenarnya saya telah membeli domain untuk perniagaan internet saya kira-kira 3 bulan lagi awal (agak-agak bulan Jun 2006) tanpa membuat apa-apa.Sebenarnya saya terlalu excited untuk memulakan perniagaan internet dan sebab itu juga saya beli awal takut diambil orang. Bila saya dah beli, saya cuma perhatikan saja website perniagaan internet orang lain (terutama Dr. Irfan) untuk saya jadikan rujukan. Saya telah membeli buku dari Dr. Irfan dan mula mencari produk yang sesuai untuk dijual sehingga saya terjumpa CD Perisian Terbuka yang saya dapati amat sesuai digunakan oleh orang ramai yang tidak mampu berbelanja besar untuk perisian yang setanding perisian berbayar.
5. Tarikh lahir saya satu dunia ingat ?
Hahaha… itu je la yang saya mampu nak cakap. Ingat ke tarikh tu? Kalau di US begitu sedih bila sebut tarikh keramat tu… cuba teka ? Ya! ianya adalah 11 September !! Pada tarikh itu juga Sukan Komanwel 1998 atau SUKOM ‘98 merupakan Sukan Komanwel yang pertama kalinya diadakan di negara Asia. Ia telah diadakan di Malaysia dari 11 hingga 21 September 1998. Oleh kerana bulan September adalah harijadi saya, oleh itu saya telah melancarkan secara rasmi laman web perisian percuma pada tarikh tersebut.
Ok rasanya itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi bersama pembaca blog. Ok kali ni saya nak menembak pula beberapa blogger pilihan saya. Sapa yang kena nasib la ye…hehehe Ok antaranya adalah:-
1. Abooain - dari www.myresellrightdepot.com
2. Mustahing - dari www.rahsiakomputer.com
3. Fauzi - dari CypherHackz.net
4. flisterz - dari flisterz.com
5. LadyAzurt - dari www.ladyazurt.com
p/s: tawaran istimewa PerisianPercuma tinggal beberapa hari sahaja lagi.. ![]()


Assalamualaikum & Salah sejahtera.
Setelah sekian lama saya berusaha, akhirnya website PerisianPercuma.com telah berjaya disiapkan. Sebenarnya berat hati juga nak lancarkan sebab rasa macam ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan lagi. Oleh kerana saya rasa sudah tiba masanya, maka saya telah lancarkan pada kira-kira jam 01.30AM 20 Ogos 2007. Syukur semuanya berjalan dengan lancar.
Sekiranya ada cadangan atau pandangan, boleh hubungi saya melalui contact form di blog ini ataupun contact form di website tersebut. Ok kali ni saya nak beritahu beberapa perkara baru tentang website tersebut. Antaranya adalah :-
- Lebih banyak menu untuk di pilih. Sebelum ni cuma ada 2 link sahaja. Tujuannya memudahkan navigasi pelawat.
- Grafik yang cantik. Saya telah mengupah designer untuk melakukan imej semula website tersebut
- Kaedah bayaran PayPal telah ditambah untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran
- Ruangan FAQ (Frequently asked question) telah diadakan dan akan dikemaskini dari masa ke semasa
- Gambar banner tersebut adalah gambar saya sendiri. Saya tak gunakan free stock photo ye
- Contact form Ajax. Bukannya Ajax Fabuloso..kalau nak try, boleh pergi ke bahagian “contact” dan cuba hantar email kepada saya
- Beberapa kupon bonus telah ditambah hasil dari JV dengan rakan seperjuangan. (memang untung)
- Cover CD telah ditukar dengan versi baru yang lebih cantik.
- Borang pesanan melalui Pos telah disediakan untuk dicetak dan dihantar sekali dengan pesanan (lebih mudah)
- E-mail telah ditukar kerana sebelum ni saya menggunakan email dari percuma.net. (Percuma.net akan dilancarkan semula kelak)
- Terma & Syarat telah diletakkan di dalam FAQ untuk memudahkan rujukan.
Rasanya itulah antara perubahan yang ketara pada website baru ni. Ok sempena pelancaran website baru ni, ada satu tawaran istimewa untuk anda. Sekiranya anda ingin memiliki Pakej 3 CD Perisian Percuma, saya menawarkan harga RM15.00 sahaja untuk 10 5 orang pembeli terawal atau sehingga 30 Ogos 2007. Sekiranya saya telah dapat 5 orang tersebut dahulu, maka saya akan tutup tawaran istimewa tersebut.
CD Perisian Percuma yang ditawarkan adalah versi terkini, jadi tak perlu download di website lain untuk update perisian tersebut. Kalau berminat dengan tawaran di atas, boleh buat pesanan di website www.perisianpercuma.com


Sementara menantikan pelancaran rasmi laman web perisianpercuma.com yang baru, saya ingin kongsi bersama anda imej yang cantik yang telah dilukis oleh kanak-kanak dengan menggunakan perisian Tux Paint. Sebelum ni saya cuma tunjuk beberapa lakaran sahaja di sini. Kali ini saya lihat lakaran atau lukisan yang dihasilkan semakin menarik dan hasilnya adalah diluar jangkaan saya. Walaupun perisian ini sungguh simple, tapi banyak features yang boleh di cuba seperti rubber stamp dan juga special effect. Untuk melihat gallery lengkap, klik di sini. Antara lakaran yang menarik di sini saya petik dari laman web Tux Paint :-

Sekiranya anak anda telah menggunakan perisian Tux Paint ini dan ingin kongsikan lakaran di laman web rasmi Tux Paint, boleh Klik Di Sini untuk menghantar lakaran tersebut. Sekiranya anda ada anak kecil dan mempunyai komputer di rumah, apa kata latih kreativiti anak anda dengan melukis. Di samping tu dapat juga menghiburkan kanak-kanak dengan bunyi yang menarik.
Ada juga pelanggan yang telah menghubungi saya menyatakan keseronokan memiliki perisian Tux Paint dan terus memesan CD Koleksi 100 Perisian Terbuka. Sebelum ni hanya mencuba CD Perisian Terbuka sahaja. Harga saya tawarkan untuk Pakej 3 CD cuma RM20 je. Kalau anda pesan secara berasingan, tak dapatlah CD Linux Ubuntu Live percuma dari saya
Banyak juga pesanan yang saya terima adalah dari kalangan guru dan juga pendidik. Sudah tentu perisian sebegini amat diperlukan tambah pula jika pihak sekolah yang mempunyai budget yang kecil.
Kepada yang masih belum memiliki Pakej 3 CD Koleksi Perisian Terbuka, boleh Klik Di Sini untuk membuat pesanan. Penghantaran adalah PERCUMA untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Maaf saya sibuk kebelakangan ini dan jarang menulis di blog. Ok jika SmartZul sudah hendak reborn Pakej Kit Blogger 1, saya pula akan reborn website perisianpercuma.com. Tarikh nya belum ditetapkan lagi kerana masih dalam peringkat akhir. Ok ini adalah logo baru tersebut.
Setelah selesai kerja redesign website perisianpercuma.com nanti, anda akan lihat website yang baru dan juga cover CD yang baru. Saya menggunakan khidmat RapidFireStudio untuk penjenamaan semula website dan juga logo. Sekiranya anda berminat, bolehlah dapatkan perkhidmatan dari saudara Zhafran dari RapidFireStudio.
Bagi yang ingin membina blog dengan Wordpress, ada berita baik iaitu harga promosi Pakej Kit Blogger 1 dengan Pakej Website Template yang biasanya berharga RM60 telah dikurangkan kepada RM45 sahaja. Anda tak perlu risau kerana anda akan dapat versi update percuma setelah Pakej Kit Blogger 1 dilancarkan semula. Anda juga dapat CD Perisian Terbuka bernilai RM10 dan juga perisian resell rights. Untuk keterangan lanjut, Klik di sini.
p/s: Nantikan pelancaran website PerisianPercuma.com versi baru… tunggu…..

















