
Archive for July, 2007


Maaf kerana sudah agak lama tidak menulis. Sebenarnya baru sekarang saya dapat access internet dari rumah. Kalau sebelum ni cuma pakai di pejabat je. Baiklah kali ini saya ingin berkongsi dengan anda permainan untuk kanak-kanak.
Perisian Childsplay merupakan salah satu perisian percuma dan sumber terbuka. Perisian ini sungguh mudah digunakan dan amat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak samada di tadika, tabika mahupun sekolah rendah. Perisian percuma ini mempunyai pelbagai jenis permainan mudah antaranya adalah jenis mengingati, mengenal huruf, mengingati bunyi, dan juga teka silangkata mudah.

Perisian ini juga mempunyai plug-in yang membolehkan anda memasang permainan tambahan selain dari yang dibekalkan dengan fail asal. Perisian ini boleh dimainkan dengan menggunakan Windows (98/ME/2K/XP) , Linux dan juga Mac Os X.
Untuk download perisian ini, anda boleh dapatkannya di sini. Sekiranya anda ingin perisian ini di dalam bentuk CD, anda boleh memesannya di sini dengan penghantaran percuma terus ke pintu rumah anda.
















