
Archive for May, 2007


Inkscape merupakan perisian melukis sumber terbuka yang sehebat perisian komersil seperti Adobe Illustrator, Freehand dan CorelDraw. Ianya menggunakan W3C standard scalable vector graphics format (SVG). Perisian percuma ini juga boleh digunakan pada Linux, Mac OS X dan juga Windows. Versi terkini perisian ini ketika artikel ini ditulis adalah 0.45.1.
Oh ya, rakan saya iaitu Bat telah menggunakan perisian ini dan menghasilkan lakaran seperti berikut :-

Lakaran tersebut saya perolehi dari blog InfoMalaya di sini. Terima kasih Bat kerana membenarkan saya meletakkannya di sini.
Sekiranya anda berminat untuk memuat turun perisian ini, saiznya adalah kira-kira 18 MB sahaja. Anda boleh muat turun di sini. Perisian ini merupakan antara koleksi perisian percuma yang anda boleh dapatkannya secara mudah dengan penghantaran percuma terus ke pintu rumah anda.Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini


Permainan Sokoban adalah asal dari perkataan Jepun yang membawa maksud “penjaga gudang” dan permainan ini mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 1982 oleh Hiroyuki Imabayashi. Permainan ini amat mudah tetapi memerlukan daya pemikiran yang kreatif.

Cara bermain permainan ini amat mudah sekali, anda mesti menolak bongkah yang ingin diletakkan pada lokasi yang telah ditetapkan dengan tidak menyebabkan bongkah tersebut tersangkut atau terhalang.Bongkah hanya boleh dialihkan dengan cara menolak ke hadapan sahaja. Permainan ini dikira tamat sekiranya anda berjaya mengalihkan bongkah tersebut kepada lokasi yang sepatutnya. Hanya satu bongkah sahaja yang boleh ditolak dalam satu masa dan tidak ada pergerakan menarik bongkah tersebut dibolehkan.
Permainan mudah ini adalah kira-kira 2.1MB sahaja dan boleh dipasang pada Windows 98 dan ke atas.Permainan ini bukan sahaja sesuai dimainkan oleh orang dewasa malah sesuai juga untuk kanak-kanak untuk mengasah minda.Untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh muat turun secara terus di sini ataupun memesan di sini dengan lebih banyak lagi permainan sumber terbuka. Klik di sini untuk keterangan lanjut.
















