
Archive for April, 2007


Salam sejahtera.
Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada saudara Zul Smartusaha kerana berjaya menyiapkan E-book dan juga Video “Interview Bersama 7 Blogger Malaysia”. Sebenarnya projek 7 Blogger Malaysia telah dilancarkan beberapa minggu yang lepas dan saya masih tidak berpeluang meletakkannya di sini. Antara isi kandungan 7 Blogger Malaysia adalah:-
- Latar belakang penulis
- Mengapa menggunakan Wordpress
- Teknik mendapatkan trafik
- Adakah susah memasang blog Wordpress
Salah satu sebab saya menggunakan Wordpress di dalam blog saya adalah kerana ia juga adalah Perisian Sumber Terbuka. Untuk melihat e-book dan video ini Klik di sini secara terus. Anda tidak perlu daftar untuk mendapatkannya.
p/s: Sekiranya anda berminat untuk membina blog sendiri dengan Wordpress, saya adalah reseller berdaftar E-Book Pakej Kit Blogger 1. Anda boleh mendapatkannya di sini dan CD Perisian Terbuka saya berikan secara PERCUMA!!!
Saya juga memberi bantuan secara terus (one-to-one) sehingga anda berjaya membina blog anda sendiri
Hubungi saya melalui contact form di blog ini atau sms saya 013-2158765 untuk keterangan lanjut


Pernah guna perisian iTunes dari Apple? Perisian sumber terbuka yang dinamakan MusikCube adalah perisian yang seakan-akan perisian iTunes.Pengguna boleh menyusun muzik untuk mengikut album, genre ataupun secara rawak.Dynamic Playlist pada MusikCube pula terdapat fungsi seperti membolehkan anda memilih untuk menunjukkan “50 Last Played”, “50 newest” dan “10 most Played” juga “Favourite Album” & “Favourite Artist”.

Perisian MusikCube menyokong sistem Operasi Windows 2000, XP dan 2003 server dan versi ke atas. Perisian ini tidak boleh digunakan pada Windows 95, 98 atau ME.Format audio yang disokong oleh perisian sumber terbuka ini adalah ape,flac,mp4,aac,m4a,m4b,mp3,mpc,ogg,wav,aif,aiff,wma dan format cd audio yang lain melalui plugin.
Saiz perisian sumber terbuka ini ialah kira-kira 2.84MB sahaja.Untuk mendapatkan perisian ini, anda boleh pergi ke laman web rasmi perisian ini di sini atau memesan CD perisian terbuka di sini dengan penghantaran PERCUMA terus ke pintu rumah anda.Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini


Perisian TrueDownloader merupakan perisian sumber terbuka dengan fungsi menarik seperti pause/resume download,simultaneous downloads & segmented downloads. Ianya menyokong protokol HTTP dan juga FTP. Perisian percuma ini tidak kurang hebat dari perisian Download Manager berbayar seperti Getright dan juga DAP.
Perisian ini sesuai digunakan pada Windows 95, 98, ME dan juga XP. Perisian download manager ini tidak mempunyai iklan Banner seperti kebanyakan perisian download manager percuma. Untuk memuat turun perisian ini, anda boleh download di sini dengan fail kira-kira 2.76MB sahaja.Perisian percuma ini dilesenkan dengan GPL.
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan perisian ini dimuatkan dalam CD dengan lebih 100 lagi perisian sumber terbuka & percuma, anda boleh memesan di sini.

















