
Archive for February, 2007



Bermain catur dengan komputer?Sebelum ni banyak juga permainan yang saya jumpa di internet tapi kebanyakan perisian permainan ni hanyalah demo atau shareware sahaja.
PouetChess merupakan permainan catur 3D yang anda boleh mainkan secara sendirian mahupun dengan komputer. Antaramuka permainan ini menarik kerana ianya membenarkan anda melihat dari pelbagai sudut.
Perisian ini dihasilkan dengan menggunakan perisian Blender yang juga perisian sumber terbuka. Untuk mendapatkan perisian ini secara terus, anda boleh dapatkannya di http://pouetchess.sourceforge.net/. Sekiranya anda ingin mendapatkan perisian ini beserta lebih 100 perisian percuma, anda boleh dapatkannya di sini.Penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia.


Satu lagi perisian seakan sama dengan perisian notepad2. Perisian ini dinamakan Programmers Notepad. Perisian ini didatangkan dengan fungsi “syntax highlighting” untuk pengaturcaraan melibatkan C/C++,Java, HTML, CSS, XML, Visual Basic dan Perl.

Perisian sumber terbuka ini boleh didapati di sini dengan saiz kira-kira 1.3MB sahaja. Antara ciri menarik perisian ini adalah penggunaan Tabbed Multiple Document Interface yang memudahkan anda melihat dokumen-dokumen yang anda buka secara serentak.
Perisian sumber terbuka ini amat sesuai untuk tujuan pembelajaran samada di sekolah, universiti atau pusat pendidikan. Anda tidak perlu lagi membeli perisian yang mahal. Perisian ini merupakan antara ratusan perisian sumber terbuka yang anda boleh dapatkan di sini dengan penghantaran percuma.


Setelah sekian lama melancarkan CD Perisian Terbuka, harga promosi akan berakhir pada 22 Februari 2007 ini. Dapatkan harga istimewa RM8.00 sahaja sebelum tarikh promosi tamat.Harga asal adalah RM10.00 termasuk penghantaran manakala Promosi 3CD Perisian Terbuka pula adalah RM15.00 sehingga tempoh promosi. Anda berjimat RM15.00 dengan pakej 3CD tersebut.

Walaupun begitu, kami sentiasa mengadakan promosi CD secara berterusan.Namun untuk mendapatkan maklumat terkini, silalah langgan email anda dengan mengisi email pada sebelah kanan blog ini.Sekiranya ada maklumat promosi terkini, anda adalah orang yang pertama mengetahuinya.
Sekali lagi saya ingatkan, cepat dapatkan CD Perisian Percuma sebelum tempoh promosi tamat dan jimat sehingga RM15.00. Klik Di sini untuk keterangan lanjut.



DBDesigner merupakan perisian sumber terbuka membolehkan anda merekabentuk database yang ingin anda bangunkan di dalam satu perisian.Biasanya sekiranya anda perlu mereka database,anda boleh melakukan lakaran di kertas ataupun membuat lakaran menggunakan perisian seperti Visio.Dengan adanya perisian sumber terbuka ini,bukan sahaja menjimatkan malah melakukan fungsi lebih baik dari itu.
Perisian DBDesigner ini amat sesuai untuk tujuan pembelajaran atau pendidikan dalam merekabentuk sesebuah pengkalan data atau database.Perisian ini amat sesuai digunakan dengan MySQL-Database iaitu salah satu pangkalan data sumber terbuka yang popular.
Perisian sumber terbuka ini bersaiz 6.95MB.Anda boleh dapatkannya di sini. Bagi anda yang tidak mempunyai sambungan internet berkelajuan tinggi, ianya mungkin agak sukar untuk memuat turun perisian ini.Anda boleh memesan perisian ini dan lebih 100 perisian percuma yang lain di dalam CD yang kami tawarkan. Klik di sini untuk keterangan lanjut.
















