
Archive for January, 2007


Sekali lagi CD dari PerisianPercuma.com telah dikemaskini kepada versi terkini.Beberapa perisian telah dimuatkan dengan versi terkini.Antara perisian yang terlibat di dalam updates kali ini adalah:
OpenOffice.org
Abiword
WinMerge
Childsplay
Portable Puzzle Collection
Sokoban YASC
Enigma,
Scorched 3D
Mozilla Firefox
Mozilla Thunderbird
BitTorrent
XAMPP Lite
Hmailserver
Audacity
VirtualDub
Musikcube
CoolPlayer
VideoLAN
ClamWin Free Antivirus
WinPooch
Qliner
Hotkeys
AutoHotkey
Run With Parameters
GTK+2 runtime environment
Terdapat penambahan satu lagi perisian terbuka iaitu WinCalendarTime.
Kepada pelanggan yang telah membuat pembelian versi terdahulu, anda boleh dapatkan CD versi terkini ini pada harga RM6.00 sahaja termasuk penghantaran dengan Pos Ekspres dengan menggunakan kod kupon yang telah diberi. Dalam masa beberapa lama lagi, kami akan menambah koleksi perisian terbuka terkini. Layari blog PerisianPercuma untuk maklumat terkini.Sekiranya anda ingin maklumat terkini dihantar terus ke email anda, sila subscribe kepada blog ini dengan mengisi email anda pada menu sebelah kanan.



Perisian sumber terbuka ini membolehkan anda melihat dengan lebih jelas tulisan atau paparan pada komputer anda pada saiz yang besar. Anda boleh zoom kawasan yang anda ingin nampak lebih jelas atau mengubah saiz asal kanta tersebut samada untuk membesarkan lagi ataupun mengecilkan saiz kanta anda.
Perisian Virtual Magnifying Glass merupakan perisian utiliti memudahkan anda untuk melihat dengan lebih jelas paparan pada komputer anda. Perisian ini bersaiz 583KB sahaja dan anda boleh dapatkan di http://magnifier.sourceforge.net/
Sekiranya anda masih kurang jelas dengan apa yang anda lihat dengan kanta pembesar ini, anda boleh zoom dengan menggunakan scroll button pada mouse anda. Anda boleh pilih samada untuk mengecilkan sedikit pandangan atau menambah saiz pandangan anda. Untuk menghentikan kanta ini, anda tekan butang “ESC” pada keyboard anda.
Ingin dapatkan lebih lagi perisian untuk Windows? Kami mempunyai koleksi lebih 100 perisian sumber terbuka untuk Windows yang anda boleh gunakan untuk membuat e-book, grafik, 3D dan banyak lagi. Dapatkan di sini dengan penghantaran adalah percuma!
Saya ada jumpa satu blog yang tulis tentang perisian ini juga di siniĀ


CD Perisian Terbuka kini telah dikemaskini dengan versi terbaru 4.0. Untuk versi kali ini,terdapat beberapa penambahan perisian seperti
- Inkscape
- Scribus
- Tux Paint
- HTTrack
- TightVNC
- WinSCP
- RSSOwl
- Azureus
- Stellarium
- Clamwin Antivirus
- HealthMonitor
- Workrave
- Abakt
- Enigma
- Neverball
CD Perisian Terbuka kini tidak lagi didatangkan dengan Ubuntu Live.Anda masih boleh mendapatkan CD Ubuntu Live & Installer dengan percuma bernilai RM8.00 sementara promosi masih berjalan.Anda boleh dapatkan percuma sementara stok kami masih ada.CD Ubuntu Live adalah stok terhad & mungkin habis pada bila-bila masa sahaja.Kepada yang masih berminat dengan versi CD Perisian Terbuka 3.1 boleh juga memesan dengan email terus kepada kami.
Kepada para pelanggan yang telah memesan CD terdahulu,anda boleh juga memesan CD ini sahaja dengan menggunakan kod kupon yang telah kami berikan dan anda perlu membayar hanya RM6.00 sahaja setelah diskaun dengan penghantaran percuma Pos Ekspres.
Maklumat terkini tentang perisian percuma akan dipaparkan melalui blog ini.Untuk mendapat maklumat terkini,silalah subscribe kepada Newsletter kami melalui feedburner dan post terkini akan terus dihantar terus kepada email anda.Kami juga akan menghantar promosi melalui email dari masa ke semasa yang tidak terdapat di dalam blog ini.


Perisian sumber terbuka ini memudahkan anda menganggar saiz folder anda dengan melihat paparan yang ditunjukkan apabila anda membuka folder menggunakan explorer.Dengan cara yang mudah ini,anda tidak perlu lagi untuk melakukan “right click” dan melihat “properties”.

Perisian “Folder Size” merupakan pelengkap Windows Explorer untuk anda yang menggunakan Windows 2000 dan Windows XP. Perisian ini tidak hanya memaparkan saiz fail anda tetapi juga saiz folder. Ia amat berguna untuk anda menganggar saiz folder untuk menjimatkan kapasiti hard disk anda.
Setelah memasang perisian sumber terbuka Folder Size ini,anda perlu pilih secara manual untuk memaparkan “folder size”.Pada folder Options,klik pada “tools”,pilih “view” tab dan klik pada “Apply to All Folders”.Pada folder yang dipaparkan,klik kanan dan pilih folder size.Anda boleh lihat paparan seperti gambaran di atas.Anda telah pun selesai memasang dan mengguna perisianĀ terbuka Folder Size. Anda boleh mendapatkan perisian tersebut di sini atau anda juga boleh memesan koleksi lebih 100 perisian sumber terbuka ini terus ke pintu rumah anda.Klik di sini untuk keterangan lanjut.
















