Recently Posted

Archive for December, 2006


Perisian utiliti menukar unit kepada unit lain

100km berapa batu? 275 kaki berapa km?

Nak tau jawapan di atas?Takkan nak kira pakai kalkulator ye tak?Saya ada perisian yang sesuai untuk mengira dan menukar unit.Perisian ini dinamakan ConvertAll.Perisian ini simple tapi amat berguna kepada yang sering bermain dengan pengiraan menukar unit seperti pelajar,arkitek,guru dan sesiapa juga.
tukar unit
Antara ciri menarik perisian terbuka convertall ini adalah:-

  • Unit yang anda kehendaki boleh diperolehi dengan cara menaip atau dipilih dari menu sedia ada
  • Unit yang anda mahu boleh dicari samada menggunakan short form seperti “km” atau menaip kilometer
  • Unit boleh digabung dengan menggunakan fungsi “*” atau “/”
  • Unit data mengandungi lebih 400 jenis unit
  • senarai unit yang dikehendaki boleh menggunakan fungsi carian atau search ataupun mengikut kategori unit tersebut.

Perisian Convertall merupakan perisian utiliti memudahkan anda untuk menukarkan dari satu unit kepada unit yang lain.
Anda boleh mencuba banyak lagi fungsi pertukaran unit ini dengan muat turun sendiri di sini. Saiz perisian ini adalah 4.7MB.

Sekiranya anda sukar untuk muat turun perisian tersebut secara terus,anda boleh memesan CD dari kami dengan lebih 100 lagi perisian yang berguna.Dapatkan “CD Koleksi Perisian Terbuka” dengan penghantaran percuma. Klik di sini untuk keterangan lanjut.


Perisian utiliti mudahkan anda menaip

Malasnya nak taip perkataan yang berulang-ulang..takde cara mudah ke?Mungkin perisian ini yang anda cari.
Perisian ini sangat berguna untuk anda yang rajin menaip samada untuk membuat ebook atau sekiranya anda ingin membuat karangan, cerpen atau apa sahaja yang memerlukan anda perlu menaip berulang kali.Perisian Letmetype amat menarik kerana saiz perisian ini bukan sahaja amat kecil tetapi juga amat berguna.

perisian menaip

LetMeType merupakan perisian untuk membantu anda menaip,dengan menganalisa apa yang anda taip dan menyenaraikan perkataan untuk anda taip seterusnya.Ianya bersaiz kira-kira 600KB dan anda boleh dapatkan terus di laman web:-
http://www.clasohm.com/lmt/en/

Perisian ini boleh digunakan bukan sahaja dalam Bahasa Inggeris sahaja malah saya sendiri telah mencuba menaip dengan menggunakan Bahasa Melayu.Ia akan merekod jumlah perkataan yang berulang kali ditaip dan merekod.Sekiranya kita menaip beberapa huruf yang sama di dalam senarai perkataaan tersebut,satu skrin akan terpapar dan kita boleh memilih hanya dengan menekan no bagi perisian tersebut menaip perkataan yang kita ingin taipkan tersebut.

LetMeType merupakan antara 27 perisian utiliti yang terkandung di dalam “CD Koleksi 100 Perisian Terbuka”.Dapatkan CD ini dan banyak lagi perisian yang berguna untuk membuat web,edit gambar,lukisan dan banyak lagi.Klik di sini untuk keterangan lanjut.


Meluncur bersama penguin

Tux Racer merupakan salah satu permainan perisian sumber terbuka. Permainan ini menghendaki anda meluncurkan penguin anda sambil mengutip objek tertentu seperti ikan dan mengelak dari rintangan yang bakal anda tempuhi.

Permainan ini sesuai untuk semua peringkat umur. Ianya mempunyai pelbagai peringkat halangan dan tahap.Untuk bermain pada peringkat yang lebih tinggi,anda perlu melepasi tahap sebelumnya.

Anda boleh dapatkan terus perisian ini di sini atau dengan cara lebih mudah anda juga boleh memesan CD dari kami dan kami hantarkan CD tersebut secara percuma terus ke pintu rumah anda.

Tux Racer merupakan antara 26 permainan yang terkandung di dalam “CD Koleksi 100 Perisian Terbuka”.Dapatkan CD ini dan banyak lagi perisian yang berguna untuk membuat web,edit gambar,lukisan dan banyak lagi. Klik di sini untuk keterangan lanjut.


Online Yahoo Msg,MSN Msg,IRC dalam satu masa?

Perisian GAIM merupakan penyelesaian kepada situasi di atas.Perisian sumber terbuka ini membolehkan anda login kepada pelbagai rangkaian messenger seperti AIM and ICQ (Oscar protocol), MSN Messenger, Yahoo!, IRC, Jabber, Gadu-Gadu, SILC, GroupWise Messenger, dan Zephyr networks dengan menggunakan satu perisian sahaja.

Gaim

Perisian ini membolehkan anda chat dengan beberapa rangkaian yang lain tanpa anda memasang satu persatu perisian bagi satu rangkaian.Perisian ini menyokong fungsi pelbagai rangkaian messenger ini dengan membolehkan anda membuat file transfer,away messages dan typing notification.

Untuk muat turun perisian ini,anda boleh lawati website perisian tersebut di sini.Sekiranya anda tidak mempunyai capaian yang laju,kami menyediakan CD Koleksi 100 perisian terbuka yang anda boleh dapatkan dengan harga yang amat berpatutan dan penghantaran percuma terus ke pintu rumah anda.Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.