
Archive for November, 2006


Perisian Permainan ini dinamakan Jooleem.Ianya merupakan permainan sumber terbuka yang mudah untuk dipasang dan dimainkan.Hanya satu peraturan di dalam permainan ini iaitu memilih empat bulatan yang sama warna untuk membentuk segi empat tepat.Semakin besar bentuk segi empat tepat yang anda hasilkan,semakin tinggi markah yang diberikan dan masa bermain juga akan bertambah.

Perisian ini amat sesuai dimainkan oleh semua peringkat umur dan saiz perisian adalah sekitar 11MB.Bagi yang menggunakan internet secara dial-up adalah satu kesulitan untuk mendapatkan permainan ini.Anda boleh mendapatkannya di
http://jooleem.sourceforge.net/
Bagi pengguna yang menggunakan dial-up,saya syorkan anda mendapatkan CD Koleksi 100 Perisian Terbuka kerana di dalam CD ini anda dapat perisian ini dan banyak lagi perisian terbuka yang lain dengan penghantaran percuma terus ke pintu rumah anda.Klik di sini untuk mendapatkannya.


Memasang perisian 3 perisian serentak iaitu MySQL,PHP dan Apache bukan semudah yang disangka.Bagi seorang webmaster pasti tiada masalah untuk membuat konfigurasi atau setting.Tetapi bagi orang yang baru hendak berjinak-jinak dengan MySQL,PHP dan Apache sudah tentu menghadapi masalah untuk memasang dan mencubanya terutama sekali ingin mencuba pada PC atau notebook.
Perisian 3 dalam 1 yang dinamakan XAMPP Lite merupakan salah satu perisian yang termudah untuk anda mencuba perisian MySQL,PHP dan Apache.Anda hanya perlu download perisian XAMPP Lite ini dan apabila sudah install pada komputer anda,anda sudah pun boleh menggunakannya.Dengan hanya beberapa klik sahaja perisian ini akan menghubungkan antara MySQL,PHP dan Apache.
Seterusnya anda boleh mencuba pelbagai jenis perisian contohnya perisian CMS (Content Management System) seperti Mambo,Joomla,Wordpress dan banyak lagi.Sekiranya anda ingin mencuba lebih banyak perisian CMS,anda boleh klik di sini.Setelah anda mencuba di komputer anda,anda bolehlah membuat blog pada web hosting yang anda kehendaki.Sekiranya anda ingin membeli web hosting, saya amat menggalakkan anda dapatkan di sini.
Xampp Lite merupakan antara lebih 100 perisian sumber terbuka yang terkandung di dalam “CD Koleksi 100 Perisian Terbuka”


Kalau sebelum ini saya menunjukkan perisian aplikasi dan utiliti,kali ini saya nak tunjukkan perisian permainan pula.
Pernah bermain permainan teka silang kata atau permainan membuat perkataan dari huruf-huruf?
Permainan ini adalah sesuai untuk menguji kecekapan dan kepandaian anda mengeja terutama dalam Bahasa Inggeris.Sebenarnya saya pernah jumpa permainan ini di yahoo games (kalau tak salah saya text twist) tapi nampak macam sama sahaja dengan permainan ini. Kalau di yahoo tu kalau nak main banyak kali kena guna full version.Tapi yang ini versi percuma sahaja.
Anagramarama merupakan permainan membina perkataan dari sekumpulan huruf.Anda boleh meneka atau mengeja perkataan yang terkandung di dalam kotak yang disediakan dari paling sedikit 3 huruf sahaja sehingga yang paling maksimum iaitu bilangan huruf pada perkataan tersebut.
Gambar dibawah adalah gambaran permainan ini.Anda boleh menaip perkataan yang anda tahu dan tekan enter.Bunyi “beep sound” akan kedengaran sekiranya perkataan yang salah dimasukkan dan satu “beep sound” yang lain pula untuk perkataan yang betul.Permainan ini dikira tamat sekiranya semua perkataan yang anda teka telah memenuhi ruang yang disediakan.

Untuk mendapatkan perisian percuma ini,anda boleh mengunjungi website tersebut di sini atau anda juga boleh memesan perisian percuma dari kami di sini dengan berpuluh lagi permainan dan perisian yang berguna dalam satu kolesi CD. Klik di sini untuk mendapatkannya.


Salam sejahtera.Di sini kami ingin memaklumkan bahawa CD Koleksi Perisian GNU telah ditukar kepada CD Koleksi 100 Perisian Terbuka. CD ini memberi anda lebih perisian terbuka dan percuma dengan lebih 100 perisian.Terdapat banyak perisian tambahan yang baru yang anda boleh lihat dengan klik di sini.
Sekiranya anda masih berminat untuk memesan CD Koleksi Perisian GNU,anda masih boleh memesannya dengan menghubungi kami pada alamat email atau sms kami.Kebanyakan perisian CD Koleksi Perisian GNU telah ada di dalam CD baru kami ini dan dengan fungsi navigasi dan maklumat yang lebih baik diharap lebih memudahkan anda untuk menggunakan perisian dari kami.
Kepada pelanggan yang telah membeli CD Koleksi Perisian GNU dari kami boleh mendapatkan CD terbaru kami dengan diskaun RM2.00 dengan kupon yang telah diberi. Sekiranya ada pertanyaan mengenai perisian atau apa-apa kesukaran yang dihadapi,silalah email atau sms kepada kami.
Dapatkan CD Koleksi 100 Perisian Terbuka sekarang dan dapatkan Bonus CD kami yang terhad.Terima kasih atas sokongan anda semua & terima kasih


Salam sejahtera.
Perisian notepad yang saya tunjukkan di sini bukan perisian notepad yang biasa yang anda dilihat pada komputer anda.Ianya notepad yang mempunyai fungsi canggih.Bukan sahaja anda boleh gunakan untuk menaip nota ringkas tetapi juga sesuai untuk digunakan untuk anda yang membuat pengaturcaraan.

Bagi yang menggunakan bahasa pengaturcaraan, ianya amat berkesan kerana teks di dalam perisian percuma ini boleh diwarnakan untuk mudah dilihat.Terdapat menu untuk nombor baris dipaparkan dan amat sesuai sekiranya anda membuat pengaturcaraan.Perisian sumber terbuka ini juga boleh melakukan minimize to tray,fungsi zoom,menukar format font dan banyak lagi.Anda juga boleh “save setting” perisian ini sekiranya anda rasa anda telah set kepada fungsi yang anda selesa digunakan.
Pelbagai jenis scheme boleh dipilih antaranya Web Source Code,XML Document,CSS Style Sheets,JavaScript,VBScript,Perl,CGI Script,ActionScript 2.0,C/C++ Source Code,C# Source Code,Resource Script,Makefiles,Java Source Code,Visual Basic,Pascal Source Code,Assembler,SQL Query,Python Script,NSIS Script,Configuration Files,Batch Files dan Diff Files.
Fungsi notepad2 juga tidak terhad kepada search sahaja tetapi merangkumi find & replace.
Fungsi ini memudahkan anda mencari perkataan yang anda mahu dan menggantikan dengan perkataan yang anda mahukan.Anda tidak perlu membuka dokumen dalam Word atau OpenOffice Writer semata-mata untuk menggunakan fungsi find & replace ini.
Saya amat menggalakkan anda mencuba perisian percuma ini kerana saiz adalah kecil (sekitar 0.5MB sahaja) & fungsi yang memang tiada tandingan dengan notepad biasa.
Anda boleh download & gunakan sekarang perisian percuma ini di laman berikut:-
http://www.flos-freeware.ch/
Notepad2 merupakan antara salah satu perisian yang terkandung di dalam “CD Perisian Terbuka”.Ada banyak lagi koleksi perisian percuma yang anda boleh dapati di dalam CD tersebut samada untuk membuat web,e-book,grafik,multimedia dan banyak lagi.Mengapa perlu download satu persatu sedangkan anda boleh dapati dengan mudah?
Klik di sini untuk keterangan lanjut.

















