Recently Posted

Archive for October, 2006


Perisian Winzip Percuma!

perisian zip

Maafkan saya mungkin tersalah tajuk.Tapi itulah hakikat yang kita patut terima sebenarnya ada juga yang tahu perisian winzip tetapi tidak tahu mencari keyword yang sesuai untuk mencari perisian zi[ di search engine.Kalau saya sebagai pengguna biasa pun mungkin akan menaip keyword yang sama kerana saya tahu tidak semua antara kita tahu lebih lanjut tentang perisian zip.

Ok lah di sini saya katakan bukan perisian Winzip percuma tapi perisian zip percuma.Bunyi macam sama tapi tak serupa.Perisian zip percuma ini adalah 7-zip.

Perisian 7-zip yang bercirikan sumber terbuka amat sesuai untuk kerja zip & unzip.Tak perlu lagi anda bayar lesen perisian zip tetapi cuma pakai yang percuma sahaja.

Perisian ini menyokong format zip standard seperti ZIP, CAB, RAR, ARJ, GZIP, BZIP2, TAR, CPIO, RPM dan DEB.
7-zip juga memberikan compression ratio (boleh juga dikatakan kadar mampatan) 2-10% lebih dari Winzip atau PKZip.Maknanya sekiranya kita mempunyai kapasiti simpanan data atau storage yang kecil,kita boleh menjimatkan kapasiti disc kita.Ia juga boleh mengurangkan sehingga 45% saiz fail sekiranya kita menggunakan format 7-zip.

Walaupun perisian ini percuma dan sumber terbuka,tetapi anda juga boleh mendaftar untuk mendapatkan technical support rasmi dari pembangun perisian ini sendiri.

7-zip merupakan antara salah satu perisian yang terkandung di dalam “CD Perisian Terbuka”.Ada banyak lagi koleksi perisian percuma yang anda boleh dapati di dalam CD tersebut samada untuk membuat web,grafik,multimedia dan banyak lagi.

CD Perisian Percuma

Klik di sini untuk keterangan lanjut.


Menyimpan Website dengan HTTrack Website Copier

HTTrack merupakan perisian percuma dan sumber terbuka yang membolehkan anda menyimpan (save) sesebuah website didalam PC anda dan boleh membukanya kembali tanpa talian internet. Anda boleh melihat website yang anda simpan tadi seolah-olah anda sedang online. Sekiranya anda tidak banyak masa untuk membaca secara online,perisian ini amat berguna. Anda hanya perlu beberapa langkah mudah seperti Nama projek anda,kategori dan nama website yang anda mahu simpan.Selepas satu klik,perisian ini akan mula merekod website yang anda ingin simpan beserta dengan imej dari website tersebut.

Perisian ini menyusun website asal kepada struktur asal supaya anda boleh melihat seolah-olah anda melihat secara online.Anda juga boleh menyambung muat turun sekiranya terdapat masalah talian.Perisian ini bersaiz kurang dari 4MB sahaja.

Anda boleh download secara terus di sini atau anda boleh mendapatkan lebih banyak perisian di dalam CD Koleksi Perisian GNU dengan penghantaran terus ke rumah anda dengan percuma. Klik di sini untuk keterangan lanjut


Perisian Percuma FTP-Client FileZilla

FileZilla merupakan perisian sumber terbuka FTP-client yang berguna dan senang digunakan.Ianya sangat sesuai untuk anda gunakan untuk anda muat turun atau muat naik (upload & download) samada digunakan untuk membuat website atau untuk anda muat turun fail di dalam talian.Saya suka menggunakan perisian ini untuk memindahkan fail dari komputer saya kepada server dengan hanya drag & drop sahaja.Anda tidak perlu tahu FTP command atau arahan FTP untuk memindahkan fail.

FTP Client mudah
Untuk memudahkan penghantaran fail,anda cuma perlu meletakkan Address(atau website) yang anda mahu muat turun atau naik,mengisi user dan password.(sekiranya ada).Sekiranya anda menggunakan FTP biasa,anda tidak perlu set pada Port dan hanya tekan Quick Connect sahaja dan anda akan disambungkan.Anda boleh pilih fail yang anda mahu muat naik (Sebelah kiri) dan drag & drop ke tempat yang anda tuju dan fail tersebut akan dipindahkan.

Paparan pada FileZilla
Gambaran di atas adalah setelah anda disambung ke remote site yang anda kehendaki.

Sekiranya anda seorang webmaster,perisian ini adalah satu keperluan untuk membina laman web.Anda juga boleh set file access seperti read,write dan execute dengan hanya pilih pada menu yang disediakan.

Dapatkan perisian percuma ini dengan melayari website rasmi di http://www.filezilla.org.

p/s: Anda boleh dapatkan lebih 90 perisian percuma di dalam CD Koleksi Perisian GNU.Klik di sini untuk keterangan lanjut


Belajar Menaip dengan TuxType

Perisian percuma ini sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa yang mahu belajar menaip.Perisian ini didatangkan dengan permainan dan juga latihan.Perisian menaip ini didatangkan dengan kesan bunyi yang ceria sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun dan ke atas.Latihan menaip yang disediakan ditunjukkan sekali dengan gambaran jari supaya mudah untuk diikuti.

Permainan di dalam perisian ini mempunyai beberapa tahap kepayahan.Sekiranya kanak-kanak sudah membiasakan diri dari awal menaip dengan jari yang betul,mereka akan mudah untuk menaip pada kompuer apabila besar kelak.Pusat didikan kanak-kanak seperti tadika,tabika dan tusyen boleh menggunakan perisian ini untuk mengajar kanak-kanak menaip.Ibu bapa juga seharusnya menggunakan perisian percuma ini untuk anak-anak belajar menaip disamping bermain.Walaupun perisian ini mudah,tapi ianya adalah langkah permulaan bagi kanak-kanak belajar menaip.

Perisian ini amat mudah dipasang dengan saiz sekitar 8MB sahaja.Ada banyak lagi perisian yang amat sesuai untuk kanak-kanak yang boleh didapati di sini.

p/s: Anda boleh dapatkan lebih 90 perisian percuma di dalam CD Koleksi Perisian Percuma.Klik di sini untuk keterangan lanjut


Perisian membuat Installer - InnoSetup

Anda ada perisian tetapi tidak tahu membuat installer?Perisian Percuma ini memberi anda kebebasan untuk membuat installer anda sendiri tanpa pengetahuan yang mendalam.Anda hanya perlu mengikuti langkah mudah seperti memasukkan path tertentu,fail yang hendak anda paparkan seperti licence atau Readme dan sebagainya.Ikuti langkah satu persatu dan anda boleh cuba run aplikasi tersebut dan cuba anda pasangkannya di komputer anda.Ia juga mempunyai fungsi untuk anda membuat fungsi uninstall,membuat pilihan setup seperti typical,custom,full atau mengikut citarasa anda.

Anda boleh membuat fungsi supaya perisian tersebut membuat shortcut samada pada desktop,quick launch ataupun pada program.Anda boleh meletakkan password untuk pengguna sekiranya anda mahu perisian tersebut mempunyai ciri keselamatan.Sekiranya fail anda bersaiz besar,anda boleh memecahkannya kepada saiz yang lebih kecil supaya memudahkan anda sekiranya perisian tersebut anda perlu meletakkan pada lebih 1 disket.Perisian ini sesuai digunakan dalam pelbagai platform Windows 95 dan ke atas.

Anda boleh menggunakannya untuk tujuan komersil ataupun peribadi seperti yang tercatat di dalam rangkap berikut:-
Is it really free of charge, even for commercial use?
Yes, it may be used completely free of charge, even when deploying commercial applications.

Dapatkan perisian ini di sini secara percuma atau dapatkan koleksi lengkap perisian percuma dari kami dengan bonus hebat.Klik di sini untuk keterangan lanjut.