Recently Posted

Archive for the ‘Utiliti’ Category


Perisian Percuma Sumatra PDF viewer

Jika sebelum ini anda agak sukar memuat turun Adobe Reader kerana saiz yang agak besar, kali ini anda boleh dapatkan perisian Sumatra PDF viewer. Saya telah mencuba perisian ini dan sangat kagum kerana saiznya adalah kira-kira 845KB sahaja.

PDF viewer

Saya juga telah mencuba membuka dokumen PDF dengan ada “password” dan saya dapati ianya tidak bermasalah. Perisian ini juga boleh dipasang pada thumbdrive atau external hard disk kerana ianya tidak mempunyai fail external atau fail tambahan seperti dll.

Jika anda ingin mendapatkan perisian ini, anda boleh dapatkan secara terus dengan memuat turun pada laman web rasmi perisian Sumatra PDF ini.

Perisian Sumatra PDF merupakan salah satu perisian di dalam Koleksi 101 Perisian terbuka. Sekiranya anda ingin perisian ini bersama beratus-ratus lagi perisian percuma dihantar secara percuma ke pintu rumah anda, anda boleh dapatkannya di sini.


Screen saver percuma sumber terbuka

Bila kita cari di google, tentu banyak screen saver yang menarik. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Kali ini saya ingin menunjukkan screen saver berasaskan sumber terbuka. Ianya dikenali sebagai Really Slick Screensavers. Di sini saya tunjukkan beberapa contoh screen saver tersebut:-

screen-saver-percuma-6  screen-saver-percuma-5  screen-saver-percuma-4 

screen-saver-percuma-3  screen-saver-percuma-2  screen-saver-percuma-1

Screen saver ini bukan sahaja boleh dipasang pada Windows, tetapi juga sesuai digunakan pada Linux, Solaris dan juga Mac OS X. Walaubagaimanapun, ianya tidak sesuai untuk komputer yang agak lama spesifikasinya kerana ia juga menggunakan grafik yang agak tinggi. Screen saver ini adalah berasaskan OpenGL.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Really Slick Screensavers ini, anda boleh download secara terus di sini. Sekiranya anda ingin perisian tersebut dimuatkan di dalam CD beserta banyak lagi perisian percuma yang lain, Klik Di Sini untuk senarai lengkap perisian percuma dengan penghantaran terus ke pintu rumah anda.


Perisian Percuma Download Manager

Perisian TrueDownloader merupakan perisian sumber terbuka dengan fungsi menarik seperti pause/resume download,simultaneous downloads & segmented downloads. Ianya menyokong protokol HTTP dan juga FTP. Perisian percuma ini tidak kurang hebat dari perisian Download Manager berbayar seperti Getright dan juga DAP.

Download Manager

Perisian ini sesuai digunakan pada Windows 95, 98, ME dan juga XP. Perisian download manager ini tidak mempunyai iklan Banner seperti kebanyakan perisian download manager percuma. Untuk memuat turun perisian ini, anda boleh download di sini dengan fail kira-kira 2.76MB sahaja.Perisian percuma ini dilesenkan dengan GPL.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan perisian ini dimuatkan dalam CD dengan lebih 100 lagi perisian sumber terbuka & percuma, anda boleh memesan di sini.


Perisian percuma membuat Gantt Chart

Perisian ini merupakan sejenis perisian project scheduling.Biasanya ia dikenali sebagai Gantt Chart ataupun dalam Bahasa Melayu Carta Gantt.
Perisian ini biasanya digunakan untuk “project management”.

Gantt Chart

Klik pada gambar di atas untuk melihat screen shot perisian ini.

Sebelum ini mungkin anda pernah menggunakan perisian Microsoft Project tapi memandangkan harga perisian ini agak mahal, apa kata anda bertukar kepada perisian sumber terbuka.Ianya amat menjimatkan wang anda.

Antara kelebihan perisian ini adalah:-

  • Asas lengkap untuk membuat carta Gantt
  • Mudah untuk dipelajari
  • Perisian adalah percuma & sumber terbuka
  • Boleh digunakan oleh pelbagai Sistem Operasi seperti Windows,Linux dan MacOSx

Perisian GanttProject merupakan perisian utiliti memudahkan anda untuk membuat carta Gantt. Saiz perisian ini adalah kira-kira 9MB. Anda boleh dapatkannya secara terus di sini.

Sekiranya anda sukar untuk muat turun perisian tersebut secara terus,anda boleh memesan CD dari kami dengan lebih 100 lagi perisian yang berguna.Dapatkan “CD Koleksi Perisian Terbuka” dengan penghantaran percuma. Klik di sini untuk keterangan lanjut.


Perisian Percuma WinCalendarTime

Biasanya kalau kita enable time pada systray hanya memaparkan time untuk kita tengok. Dengan perisian WinCalendarTime ni ianya lebih baik berbanding jam yang standard. Saiz perisian ini cuma 430 kb sahaja.

wincalendartime.gif

Sesiapa yang nak mencuba, klik di sini untuk download.

Ingin dapatkan lebih lagi perisian untuk Windows? Kami mempunyai koleksi lebih 100 perisian sumber terbuka untuk Windows yang anda boleh gunakan untuk membuat e-book, grafik, 3D dan banyak lagi. Dapatkan di sini dengan penghantaran adalah percuma!