Recently Posted

Archive for the ‘Server’ Category


Perisian mudah pasang MySQL,PHP dan Apache serentak

Memasang perisian 3 perisian serentak iaitu MySQL,PHP dan Apache bukan semudah yang disangka.Bagi seorang webmaster pasti tiada masalah untuk membuat konfigurasi atau setting.Tetapi bagi orang yang baru hendak berjinak-jinak dengan MySQL,PHP dan Apache sudah tentu menghadapi masalah untuk memasang dan mencubanya terutama sekali ingin mencuba pada PC atau notebook.

XAMPP Lite
Perisian 3 dalam 1 yang dinamakan XAMPP Lite merupakan salah satu perisian yang termudah untuk anda mencuba perisian MySQL,PHP dan Apache.Anda hanya perlu download perisian XAMPP Lite ini dan apabila sudah install pada komputer anda,anda sudah pun boleh menggunakannya.Dengan hanya beberapa klik sahaja perisian ini akan menghubungkan antara MySQL,PHP dan Apache.

Seterusnya anda boleh mencuba pelbagai jenis perisian contohnya perisian CMS (Content Management System) seperti Mambo,Joomla,Wordpress dan banyak lagi.Sekiranya anda ingin mencuba lebih banyak perisian CMS,anda boleh klik di sini.Setelah anda mencuba di komputer anda,anda bolehlah membuat blog pada web hosting yang anda kehendaki.Sekiranya anda ingin membeli web hosting, saya amat menggalakkan anda dapatkan di sini.

Xampp Lite merupakan antara lebih 100 perisian sumber terbuka yang terkandung di dalam “CD Koleksi 100 Perisian Terbuka”