Recently Posted

Archive for the ‘Promosi’ Category


CD Percuma Ubuntu 8.04 LTS Desktop Edition

Ubuntu Long Term Support (LTS) kini versi 8.04. Seperti versi sebelumnya, ianya boleh digunakan sebagai Live CD ataupun dengan memasangnya pada komputer anda. Saya lebih suka menggunakan Live CD kerana anda tidak perlu mengganggu sistem operasi sedia ada dan setelah berpuas hati dengan versi Live CD tersebut, bolehlah anda memasang pada komputer anda pula.

Ubuntu

CD Ubuntu ini telah didatangkan dengan perisian sumber terbuka yang lain seperti Open Office, Firefox 3, Rhythmbox Music , Totem video players, F-Spot manage dan banyak lagi.

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan CD Percuma ini anda cuma perlu membuat pesanan CD Perisian Terbuka Pakej 2 dan CD Ubuntu 8.04 ini akan menjadi milik anda. Untuk maklumat pesanan, lawati website PerisianPercuma.com . Klik Di Sini


Panduan Lengkap FTP dengan FileZilla

Bagi anda yang tercari-cari panduan menggunakan FileZilla, ini merupakan ebook yang lengkap menerangkan step-by-step bagaimana pemindahan file boleh dilakukan dengan FileZilla. Saya sendiri sudah lama menggunakan perisian ini dan ianya amat mudah digunakan. Walaupun terdapat perisian seperti CuteFTP, smartFTP dan lain-lain, tetapi ianya bukan sumber terbuka.

Cara FTP

Ebook ini menerangkan antaranya :-

  • Mempelajari asas internet - bagaimana ia berfungsi, proses
    menjadi laman web
  • Nama domain dan hosting - Apa itu hosting, cara memilih
    nama domain
  • FTP cara mudah - Step-by-Step bagaimana memindahkan file
    ke server

Ebook ini disertakan Hak Jual Semula Master (Master Resale Rights) di mana anda boleh menjual kembali ebook ini dan dapatkan kembali modal anda dan boleh buat duit dengannya juga.

Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan internet pertama anda, ebook ini amat sesuai untuk anda kerana ianya menyediakan laman web jualan lengkap beserta panduan bagaimana anda konfigurasi file dan mula menjual.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.caraFTP.com.

Tawaran Istimewa Kepada Pembaca Blog

Sempena pelancaran ebook ini, saya ingin menawarkan kepada anda yang belum mendapatkan CD Perisian Terbuka dari PerisianPercuma.com iaitu harga istimewa CD Perisian Terbuka cuma tambah RM 5.00 sahaja untuk mendapatkannya.

Saya hanya menawarkan untuk 5 pembeli awal sahaja. Dapatkan ebook Panduan FTP sekarang. Promosi ini mungkin tamat pada bila-bila masa sahaja.


PerisianPercuma.com genap setahun

Salam sejahtera pembaca blog yang setia.

Hari ni tarikh rasmi genap setahun saya melancarkan website PerisianPercuma.com yang merupakan perniagaan internet saya yang pertama. Saya ucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang telah mendapatkan CD Perisian Terbuka tidak kira samada dari website percuma.net, PerisianPercuma.com ataupun TeknikBlog.com

Terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya dan memberi kepercayaan kepada perisian terbuka sebagai perisian alternatif anda. Walaupun perisian ini percuma, ianya tidak  boleh diperlekehkan atau dicap sebagai ‘perisian murahan’ kerana dari masa ke semasa, perisian sumber terbuka semakin maju dan semakin mendapat tempat samada di peringkat antarabangsa mahupun Malaysia.

Salah satu sebab mengapa perisian terbuka mendapat tempat di sekolah, IPT dan juga korporat adalah kerana perisian tersebut adalah kerana kos yang amat efektif dan juga setanding dengan perisian berbayar dan juga semakin berkembang selaras dengan pembangunan perisian komersil.

Tidak lama lagi, saya akan melancarkan Newsletter Perisian Percuma untuk memberi maklumat terkini tentang perisian percuma terus kepada email anda. Nantikan kemunculannya.

Sempena 11 Septemer 2007, saya ingin memberi CD percuma kepada anda melalui pembelian berikut:-

sekian dari Azahari Waid pengasas PerisianPercuma.com


Tahukah anda?

Setelah sekian lama saya post berkenaan perisian, apa kata kali ni tiba masa untuk topik santai pula. Saya sebenarnya baru lepas kena tag dengan saudara Alang. Alamak kali ni dah masuk kali ke dua kena tag. Tag yang pertama pun tak berbalas lagi …. tentang vCard.. nanti saya akan publish tak lama lagi … jangan risau..

Ok topik kali ni takde kaitan dengan perisian, cuma topik untuk menyahut seruan tag dari saudara Alang yang juga telah di tag oleh saudara mohdsuhaimy.com.  Nampaknya kali ni saya terkena tempias lagi..sebelum ni tentang vCard. Tak sempat saya nak reply tag tersebut. Tapi tak lama lagi saya akan reply ye Alang.

Topik kali ini adalah 5 perkara yang anda tidak tahu tentang diri / perniagaan internet / laman web saya. 

1. Saya pernah belajar jurusan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Saya menuntut di salah sebuah IPTA di Kuala Lumpur. Kononnya nak belajar elektronik. Tetapi bila dah start belajar, baru saya sedar yang sebenarnya saya lebih minat kepada komputer.Banyak masa saya habiskan untuk belajar cara membuat web, installation komputer, belajar command prompt dan hal-hal lain berkaitan komputer.

Saya juga pernah menolong staff makmal komputer dalam proses installation walaupun elaun yang diberikan tidak banyak, namun kerana minat yang mendalam tentang komputer saya sanggup habiskan banyak masa di makmal komputer. Akhirnya saya tewas di tahun akhir kerana tidak berjaya menamatkan pengajian. Kini saya telah tamat belajar di IPT di bawah kelolaan MARA dengan mengambil HND in Engineering & Business IT. Yang tak bestnya, saya kena juga belajar elektronik sebab elektronik merupakan matapelajaran wajib di institut tersebut. Aduh! tak boleh lari jugak nampaknya …. hehe.

2. Kenapa panggil saya “Asid”?

Sewaktu di sekolah rendah, saya pernah digelar “asid” tapi saya sendiri tak tau kenapa kawan-kawan sekolah menggelarkannya sedemikian.Sampai sekarang pun saya masih taktau. Kepada student Methodist English School Ayer Tawar, Perak kalau sekelas saya dulu kenal lagi kot ‘asid’ ni ? hehe. Sampai sekarang ada juga yang masih panggil asid, saya suka pulak tu! hehe

3. Belajar menaip pantas dengan mIRC

Walaupun saya tidak katakan saya menaip terlalu pantas, tapi sebenarnya banyak juga saya pelajari cara menaip dengan pantas melalui mIRC. Satu ketika dulu mIRC merupakan salah satu kegilaan remaja (saya la kot) untuk berhubung. Masa tu mana ada YM, Google Talk dan MSN msg. Hanya warna text yang menghujani chatting tersebut. Banyak kali juga kena nuke, tiba-tiba PC ‘hang’ je. Kalau yang kenal saya, dulu saya chatting di server Undernet dalam channel #UTM,#UTMKL (antara founder channel jugalah) dan #MMU (jadi OP undangan). Nickname saya masa tu NetScaPe3 dan rasanya yang terakhir saya gunakan adalah PakSu.

4. Domain

Sebenarnya saya telah membeli domain  untuk perniagaan internet saya kira-kira 3 bulan lagi awal (agak-agak bulan Jun 2006) tanpa membuat apa-apa.Sebenarnya saya terlalu excited untuk memulakan perniagaan internet dan sebab itu juga saya beli awal takut diambil orang. Bila saya dah beli, saya cuma perhatikan saja website perniagaan internet orang lain (terutama Dr. Irfan) untuk saya jadikan rujukan. Saya telah membeli buku dari Dr. Irfan dan mula mencari produk yang sesuai untuk dijual sehingga saya terjumpa CD Perisian Terbuka yang saya dapati amat sesuai digunakan oleh orang ramai yang tidak mampu berbelanja besar untuk perisian yang setanding perisian berbayar.

5. Tarikh lahir saya satu dunia ingat ?

Hahaha… itu je la yang saya mampu nak cakap. Ingat ke tarikh tu? Kalau di US begitu sedih bila sebut tarikh keramat tu… cuba teka ? Ya! ianya adalah 11 September !! Pada tarikh itu juga Sukan Komanwel 1998 atau SUKOM ‘98 merupakan Sukan Komanwel yang pertama kalinya diadakan di negara Asia. Ia telah diadakan di Malaysia dari 11 hingga 21 September 1998. Oleh kerana bulan September adalah harijadi saya, oleh itu saya telah melancarkan secara rasmi laman web perisian percuma pada tarikh tersebut.

Ok rasanya itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi bersama pembaca blog. Ok kali ni saya nak menembak pula beberapa blogger pilihan saya. Sapa yang kena nasib la ye…hehehe Ok antaranya adalah:-

1.  Abooain - dari www.myresellrightdepot.com

2. Mustahing - dari www.rahsiakomputer.com

3. Fauzi - dari CypherHackz.net

4.  flisterz - dari flisterz.com

5. LadyAzurt - dari www.ladyazurt.com

Tag Source: Shuth > Alang

p/s: tawaran istimewa PerisianPercuma tinggal beberapa hari sahaja lagi.. :)


Website PerisianPercuma.com versi reborn & tawaran istimewa

Assalamualaikum & Salah sejahtera.

Setelah sekian lama saya berusaha, akhirnya website PerisianPercuma.com telah berjaya disiapkan. Sebenarnya berat hati juga nak lancarkan sebab rasa macam ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan lagi. Oleh kerana saya rasa sudah tiba masanya, maka saya telah lancarkan pada kira-kira jam 01.30AM 20 Ogos 2007. Syukur semuanya berjalan dengan lancar.

Perisian Percuma

Sekiranya ada cadangan atau pandangan, boleh hubungi saya melalui contact form di blog ini ataupun contact form di website tersebut. Ok kali ni saya nak beritahu beberapa perkara baru tentang website tersebut. Antaranya adalah :-

  1. Lebih banyak menu untuk di pilih. Sebelum ni cuma ada 2 link sahaja. Tujuannya memudahkan navigasi pelawat.
  2. Grafik yang cantik. Saya telah mengupah designer untuk melakukan imej semula website tersebut
  3. Kaedah bayaran PayPal telah ditambah untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran
  4. Ruangan FAQ (Frequently asked question) telah diadakan dan akan dikemaskini dari masa ke semasa
  5. Gambar banner tersebut adalah gambar saya sendiri. Saya tak gunakan free stock photo ye
  6. Contact form Ajax. Bukannya Ajax Fabuloso..kalau nak try, boleh pergi ke bahagian “contact” dan cuba hantar email kepada saya
  7. Beberapa kupon bonus telah ditambah hasil dari JV dengan rakan seperjuangan. (memang untung)
  8. Cover CD telah ditukar dengan versi baru yang lebih cantik.
  9. Borang pesanan melalui Pos telah disediakan untuk dicetak dan dihantar sekali dengan pesanan (lebih mudah)
  10. E-mail telah ditukar kerana sebelum ni saya menggunakan email dari percuma.net. (Percuma.net akan dilancarkan semula kelak)
  11. Terma & Syarat telah diletakkan di dalam FAQ untuk memudahkan rujukan.

Rasanya itulah antara perubahan yang ketara pada website baru ni. Ok sempena pelancaran website baru ni, ada satu tawaran istimewa untuk anda. Sekiranya anda ingin memiliki Pakej 3 CD Perisian Percuma, saya menawarkan harga RM15.00 sahaja untuk 10 5 orang pembeli terawal atau sehingga 30 Ogos 2007. Sekiranya saya telah dapat 5 orang tersebut dahulu, maka saya akan tutup tawaran istimewa tersebut.

CD Perisian Percuma yang ditawarkan adalah versi terkini, jadi tak perlu download di website lain untuk update perisian tersebut. Kalau berminat dengan tawaran di atas, boleh buat pesanan di website www.perisianpercuma.com