
Archive for the ‘Perisian Percuma’ Category


Bagi yang sudah biasa menggunakan perisian Microsoft Office terutama di pejabat, sudah tentunya tidak ada masalah apabila anda menggunakan perisian percuma Open Office. Perisian ini bukan sahaja percuma, malah setanding dengan perisian berbayar Microsoft Office.

Perisian ini didatangkan dengan aplikasi yang sinonim dengan Ms Office. Antaranya :-
- Writer - Setanding dengan perisian Microsoft Word
- Calc - Setanding dengan perisian Microsoft Excel
- Impress - Setanding dengan perisian Microsoft Power Point
- Base - Setanding fungsi di dalam Microsoft Access
Di samping itu juga, terdapat juga Draw di mana fungsinya hampir sama yang anda gunakan di dalam Microsoft Word apabila membuat carta ataupun membuat lakaran. Perisian ini telah berusia lebih dari 20 tahun dan boleh di pasang pada kebanyakan sistem operasi seperti Windows, GNU/Linux, Sun Solaris dan juga Apple Mac.
Versi terkini setakat artikel ini ditulis adalah 2.4.0 untuk Windows. Saiz perisian ini adalah kira-kira 128MB. Untuk muat turun, klik di sini.
Perisian Open Office merupakan salah satu perisian di dalam CD Perisian terbuka. Sekiranya anda ingin perisian ini bersama banyak lagi perisian percuma dihantar secara percuma ke pintu rumah anda, anda boleh dapatkannya dengan klik di sini.


Jika sebelum ini anda agak sukar memuat turun Adobe Reader kerana saiz yang agak besar, kali ini anda boleh dapatkan perisian Sumatra PDF viewer. Saya telah mencuba perisian ini dan sangat kagum kerana saiznya adalah kira-kira 845KB sahaja.

Saya juga telah mencuba membuka dokumen PDF dengan ada “password” dan saya dapati ianya tidak bermasalah. Perisian ini juga boleh dipasang pada thumbdrive atau external hard disk kerana ianya tidak mempunyai fail external atau fail tambahan seperti dll.
Jika anda ingin mendapatkan perisian ini, anda boleh dapatkan secara terus dengan memuat turun pada laman web rasmi perisian Sumatra PDF ini.
Perisian Sumatra PDF merupakan salah satu perisian di dalam Koleksi 101 Perisian terbuka. Sekiranya anda ingin perisian ini bersama beratus-ratus lagi perisian percuma dihantar secara percuma ke pintu rumah anda, anda boleh dapatkannya di sini.


Permainan Sokoban adalah asal dari perkataan Jepun yang membawa maksud “penjaga gudang” dan permainan ini mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 1982 oleh Hiroyuki Imabayashi. Permainan ini amat mudah tetapi memerlukan daya pemikiran yang kreatif.

Cara bermain permainan ini amat mudah sekali, anda mesti menolak bongkah yang ingin diletakkan pada lokasi yang telah ditetapkan dengan tidak menyebabkan bongkah tersebut tersangkut atau terhalang.Bongkah hanya boleh dialihkan dengan cara menolak ke hadapan sahaja. Permainan ini dikira tamat sekiranya anda berjaya mengalihkan bongkah tersebut kepada lokasi yang sepatutnya. Hanya satu bongkah sahaja yang boleh ditolak dalam satu masa dan tidak ada pergerakan menarik bongkah tersebut dibolehkan.
Permainan mudah ini adalah kira-kira 2.1MB sahaja dan boleh dipasang pada Windows 98 dan ke atas.Permainan ini bukan sahaja sesuai dimainkan oleh orang dewasa malah sesuai juga untuk kanak-kanak untuk mengasah minda.Untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh muat turun secara terus di sini ataupun memesan di sini dengan lebih banyak lagi permainan sumber terbuka. Klik di sini untuk keterangan lanjut.


Perisian TrueDownloader merupakan perisian sumber terbuka dengan fungsi menarik seperti pause/resume download,simultaneous downloads & segmented downloads. Ianya menyokong protokol HTTP dan juga FTP. Perisian percuma ini tidak kurang hebat dari perisian Download Manager berbayar seperti Getright dan juga DAP.
Perisian ini sesuai digunakan pada Windows 95, 98, ME dan juga XP. Perisian download manager ini tidak mempunyai iklan Banner seperti kebanyakan perisian download manager percuma. Untuk memuat turun perisian ini, anda boleh download di sini dengan fail kira-kira 2.76MB sahaja.Perisian percuma ini dilesenkan dengan GPL.
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan perisian ini dimuatkan dalam CD dengan lebih 100 lagi perisian sumber terbuka & percuma, anda boleh memesan di sini.


Perisian pendidikan sumber terbuka ini dinamakan GraphCalc.Makna GraphCalc itu sendiri menerangkan tentang kegunaan perisian ini.Perisian ini digunakan untuk membuat graf samada berbentuk 2D mahupun 3D.

Perisian pendidikan ini sesuai untuk pembelajaran subjek matematik,Boolenas,Kalkulus dan banyak lagi.Perisian ini juga boleh membentuk graf dari persamaan atau equations.
Perisian percuma ini sesuai untuk digunakan terutama kepada pelajar institut pengajian tinggi.Anda boleh merujuk panduan yang diberikan di dalam Help file yang disertakan. Perisian sumber terbuka ini bersaiz kira-kira 814KB sahaja. Anda boleh muat turun di sini.
Untuk mendapatkan perisian sumber terbuka di dalam CD,anda boleh memesan secara terus di sini
dengan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dalam tempoh 1-3* hari sahaja.















