
Archive for the ‘Internet’ Category


Perisian GAIM merupakan penyelesaian kepada situasi di atas.Perisian sumber terbuka ini membolehkan anda login kepada pelbagai rangkaian messenger seperti AIM and ICQ (Oscar protocol), MSN Messenger, Yahoo!, IRC, Jabber, Gadu-Gadu, SILC, GroupWise Messenger, dan Zephyr networks dengan menggunakan satu perisian sahaja.

Perisian ini membolehkan anda chat dengan beberapa rangkaian yang lain tanpa anda memasang satu persatu perisian bagi satu rangkaian.Perisian ini menyokong fungsi pelbagai rangkaian messenger ini dengan membolehkan anda membuat file transfer,away messages dan typing notification.
Untuk muat turun perisian ini,anda boleh lawati website perisian tersebut di sini.Sekiranya anda tidak mempunyai capaian yang laju,kami menyediakan CD Koleksi 100 perisian terbuka yang anda boleh dapatkan dengan harga yang amat berpatutan dan penghantaran percuma terus ke pintu rumah anda.Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.


HTTrack merupakan perisian percuma dan sumber terbuka yang membolehkan anda menyimpan (save) sesebuah website didalam PC anda dan boleh membukanya kembali tanpa talian internet. Anda boleh melihat website yang anda simpan tadi seolah-olah anda sedang online. Sekiranya anda tidak banyak masa untuk membaca secara online,perisian ini amat berguna. Anda hanya perlu beberapa langkah mudah seperti Nama projek anda,kategori dan nama website yang anda mahu simpan.Selepas satu klik,perisian ini akan mula merekod website yang anda ingin simpan beserta dengan imej dari website tersebut.
Perisian ini menyusun website asal kepada struktur asal supaya anda boleh melihat seolah-olah anda melihat secara online.Anda juga boleh menyambung muat turun sekiranya terdapat masalah talian.Perisian ini bersaiz kurang dari 4MB sahaja.
Anda boleh download secara terus di sini atau anda boleh mendapatkan lebih banyak perisian di dalam CD Koleksi Perisian GNU dengan penghantaran terus ke rumah anda dengan percuma. Klik di sini untuk keterangan lanjut


FileZilla merupakan perisian sumber terbuka FTP-client yang berguna dan senang digunakan.Ianya sangat sesuai untuk anda gunakan untuk anda muat turun atau muat naik (upload & download) samada digunakan untuk membuat website atau untuk anda muat turun fail di dalam talian.Saya suka menggunakan perisian ini untuk memindahkan fail dari komputer saya kepada server dengan hanya drag & drop sahaja.Anda tidak perlu tahu FTP command atau arahan FTP untuk memindahkan fail.
Untuk memudahkan penghantaran fail,anda cuma perlu meletakkan Address(atau website) yang anda mahu muat turun atau naik,mengisi user dan password.(sekiranya ada).Sekiranya anda menggunakan FTP biasa,anda tidak perlu set pada Port dan hanya tekan Quick Connect sahaja dan anda akan disambungkan.Anda boleh pilih fail yang anda mahu muat naik (Sebelah kiri) dan drag & drop ke tempat yang anda tuju dan fail tersebut akan dipindahkan.
Gambaran di atas adalah setelah anda disambung ke remote site yang anda kehendaki.
Sekiranya anda seorang webmaster,perisian ini adalah satu keperluan untuk membina laman web.Anda juga boleh set file access seperti read,write dan execute dengan hanya pilih pada menu yang disediakan.
Dapatkan perisian percuma ini dengan melayari website rasmi di http://www.filezilla.org.
p/s: Anda boleh dapatkan lebih 90 perisian percuma di dalam CD Koleksi Perisian GNU.Klik di sini untuk keterangan lanjut
















