


VLC merupakan perisian sumber terbuka pemain media ataupun lebih dikenali sebagai media player. Apa yang menarik pada perisian ini adalah keupayaannya membuka hampir kesemua jenis media seperti MPEG-1, MPEG-2, MPEG-4, DivX, mp3, ogg, dan banyak lagi serta boleh juga memainkan DVD, VCD, dan pelbagai streaming media.Perisian ini juga boleh dipasang di kebanyakan sistem operasi yang popular seperti Windows, Mac OS dan juga lebih dari 12 jenis linux. Saiz perisian ini untuk digunakan pada Windows adalah kira-kira 10 MB sahaja dan ianya adalah perisian yang bebas dari sebarang adware, spyware dan juga virus. Saya sendiri lebih gemar menggunakan perisian VLC ini kerana saya tidak perlu memasang perisian lain untuk memainkan pelbagai jenis fail media yang saya ada.Berikut adalah screen shot perisian tersebut:-
Perisian ini juga boleh disesuaikan dengan “skin” yang menarik untuk disesuaikan dengan komputer anda seperti juga pemain media player lain seperti WinAmp dan lain-lain.Untuk memuat turun perisian ini, sila klik di sini… Sekiranya anda ingin perisian tersebut dimuatkan di dalam CD beserta banyak lagi perisian percuma yang lain, Klik Di Sini untuk senarai lengkap perisian percuma dengan penghantaran PERCUMA terus ke pintu rumah anda.



















February 7th, 2008 at 11:23 am
nice info!
btw, pakai mac ek?
February 20th, 2008 at 11:12 am
wah…terima kasih kerana berkongsi..
apapun rasanya pertama kalinya saya melawat blog anda…
Tetapi ternyata macam-macam info dapat
February 24th, 2008 at 3:27 am
@Melayubuntu - saya pakai Mac…baru jugak la… boleh tengok post saya ni :-
http://blog.percuma.net/2008/01/82/tahun-baru-2008-dan-perniagaan-internet/
@Dauz - terima kasih… cuma saya agak jarang kemas kini blog ini kerana kesibukan tugas.
April 17th, 2008 at 5:54 am
eliascd@yahoo.com.my
Setiap kali saya melayari blog ini saya tak merasa jemu.Saya merasa bangga kepada En.Azahari banyak membantu..teruskan demi
untuk Jenerasi sekarang dan akan datang.
Terimakasih.