


Bila kita cari di google, tentu banyak screen saver yang menarik. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Kali ini saya ingin menunjukkan screen saver berasaskan sumber terbuka. Ianya dikenali sebagai Really Slick Screensavers. Di sini saya tunjukkan beberapa contoh screen saver tersebut:-
Screen saver ini bukan sahaja boleh dipasang pada Windows, tetapi juga sesuai digunakan pada Linux, Solaris dan juga Mac OS X. Walaubagaimanapun, ianya tidak sesuai untuk komputer yang agak lama spesifikasinya kerana ia juga menggunakan grafik yang agak tinggi. Screen saver ini adalah berasaskan OpenGL.
Jika anda berminat untuk mendapatkan Really Slick Screensavers ini, anda boleh download secara terus di sini. Sekiranya anda ingin perisian tersebut dimuatkan di dalam CD beserta banyak lagi perisian percuma yang lain, Klik Di Sini untuk senarai lengkap perisian percuma dengan penghantaran terus ke pintu rumah anda.



















October 6th, 2007 at 10:12 pm
Satu lagi koleksi open source software dlm list aku. TQ