Recently Posted


Salam sejahtera pembaca blog yang setia.

Hari ni tarikh rasmi genap setahun saya melancarkan website PerisianPercuma.com yang merupakan perniagaan internet saya yang pertama. Saya ucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang telah mendapatkan CD Perisian Terbuka tidak kira samada dari website percuma.net, PerisianPercuma.com ataupun TeknikBlog.com

Terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya dan memberi kepercayaan kepada perisian terbuka sebagai perisian alternatif anda. Walaupun perisian ini percuma, ianya tidakĀ  boleh diperlekehkan atau dicap sebagai ‘perisian murahan’ kerana dari masa ke semasa, perisian sumber terbuka semakin maju dan semakin mendapat tempat samada di peringkat antarabangsa mahupun Malaysia.

Salah satu sebab mengapa perisian terbuka mendapat tempat di sekolah, IPT dan juga korporat adalah kerana perisian tersebut adalah kerana kos yang amat efektif dan juga setanding dengan perisian berbayar dan juga semakin berkembang selaras dengan pembangunan perisian komersil.

Tidak lama lagi, saya akan melancarkan Newsletter Perisian Percuma untuk memberi maklumat terkini tentang perisian percuma terus kepada email anda. Nantikan kemunculannya.

Sempena 11 Septemer 2007, saya ingin memberi CD percuma kepada anda melalui pembelian berikut:-

sekian dari Azahari Waid pengasas PerisianPercuma.com



klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


  • abooain Says:
    September 12th, 2007 at 10:15 pm

    waaah, dan setahun ye ….Tahniah Azhari! Semoga saya dapat mengikuti kejayaan Azhari ini.

    Ya, betul apa yang Azhari cakap tu, perisian Opensource ni boleh menandingi perisian yang berbayar contohnya Firefox, NVU, Openoffice dan sebagainya. Saya pernah guna UBUNTU & KUBUNTU sebagai OS, dan saya amat suka kedua-duanya kerana colourful.

  • Azahari Says:
    September 17th, 2007 at 12:06 am

    Terima kasih abooain.. sekejap je masa berlalu…setahun rasa macam sebulan je… banyak lagi yang saya perlu belajar… :)


*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word