Recently Posted


Setelah sekian lama saya post berkenaan perisian, apa kata kali ni tiba masa untuk topik santai pula. Saya sebenarnya baru lepas kena tag dengan saudara Alang. Alamak kali ni dah masuk kali ke dua kena tag. Tag yang pertama pun tak berbalas lagi …. tentang vCard.. nanti saya akan publish tak lama lagi … jangan risau..

Ok topik kali ni takde kaitan dengan perisian, cuma topik untuk menyahut seruan tag dari saudara Alang yang juga telah di tag oleh saudara mohdsuhaimy.com.  Nampaknya kali ni saya terkena tempias lagi..sebelum ni tentang vCard. Tak sempat saya nak reply tag tersebut. Tapi tak lama lagi saya akan reply ye Alang.

Topik kali ini adalah 5 perkara yang anda tidak tahu tentang diri / perniagaan internet / laman web saya. 

1. Saya pernah belajar jurusan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Saya menuntut di salah sebuah IPTA di Kuala Lumpur. Kononnya nak belajar elektronik. Tetapi bila dah start belajar, baru saya sedar yang sebenarnya saya lebih minat kepada komputer.Banyak masa saya habiskan untuk belajar cara membuat web, installation komputer, belajar command prompt dan hal-hal lain berkaitan komputer.

Saya juga pernah menolong staff makmal komputer dalam proses installation walaupun elaun yang diberikan tidak banyak, namun kerana minat yang mendalam tentang komputer saya sanggup habiskan banyak masa di makmal komputer. Akhirnya saya tewas di tahun akhir kerana tidak berjaya menamatkan pengajian. Kini saya telah tamat belajar di IPT di bawah kelolaan MARA dengan mengambil HND in Engineering & Business IT. Yang tak bestnya, saya kena juga belajar elektronik sebab elektronik merupakan matapelajaran wajib di institut tersebut. Aduh! tak boleh lari jugak nampaknya …. hehe.

2. Kenapa panggil saya “Asid”?

Sewaktu di sekolah rendah, saya pernah digelar “asid” tapi saya sendiri tak tau kenapa kawan-kawan sekolah menggelarkannya sedemikian.Sampai sekarang pun saya masih taktau. Kepada student Methodist English School Ayer Tawar, Perak kalau sekelas saya dulu kenal lagi kot ‘asid’ ni ? hehe. Sampai sekarang ada juga yang masih panggil asid, saya suka pulak tu! hehe

3. Belajar menaip pantas dengan mIRC

Walaupun saya tidak katakan saya menaip terlalu pantas, tapi sebenarnya banyak juga saya pelajari cara menaip dengan pantas melalui mIRC. Satu ketika dulu mIRC merupakan salah satu kegilaan remaja (saya la kot) untuk berhubung. Masa tu mana ada YM, Google Talk dan MSN msg. Hanya warna text yang menghujani chatting tersebut. Banyak kali juga kena nuke, tiba-tiba PC ‘hang’ je. Kalau yang kenal saya, dulu saya chatting di server Undernet dalam channel #UTM,#UTMKL (antara founder channel jugalah) dan #MMU (jadi OP undangan). Nickname saya masa tu NetScaPe3 dan rasanya yang terakhir saya gunakan adalah PakSu.

4. Domain

Sebenarnya saya telah membeli domain  untuk perniagaan internet saya kira-kira 3 bulan lagi awal (agak-agak bulan Jun 2006) tanpa membuat apa-apa.Sebenarnya saya terlalu excited untuk memulakan perniagaan internet dan sebab itu juga saya beli awal takut diambil orang. Bila saya dah beli, saya cuma perhatikan saja website perniagaan internet orang lain (terutama Dr. Irfan) untuk saya jadikan rujukan. Saya telah membeli buku dari Dr. Irfan dan mula mencari produk yang sesuai untuk dijual sehingga saya terjumpa CD Perisian Terbuka yang saya dapati amat sesuai digunakan oleh orang ramai yang tidak mampu berbelanja besar untuk perisian yang setanding perisian berbayar.

5. Tarikh lahir saya satu dunia ingat ?

Hahaha… itu je la yang saya mampu nak cakap. Ingat ke tarikh tu? Kalau di US begitu sedih bila sebut tarikh keramat tu… cuba teka ? Ya! ianya adalah 11 September !! Pada tarikh itu juga Sukan Komanwel 1998 atau SUKOM ‘98 merupakan Sukan Komanwel yang pertama kalinya diadakan di negara Asia. Ia telah diadakan di Malaysia dari 11 hingga 21 September 1998. Oleh kerana bulan September adalah harijadi saya, oleh itu saya telah melancarkan secara rasmi laman web perisian percuma pada tarikh tersebut.

Ok rasanya itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi bersama pembaca blog. Ok kali ni saya nak menembak pula beberapa blogger pilihan saya. Sapa yang kena nasib la ye…hehehe Ok antaranya adalah:-

1.  Abooain - dari www.myresellrightdepot.com

2. Mustahing - dari www.rahsiakomputer.com

3. Fauzi - dari CypherHackz.net

4.  flisterz - dari flisterz.com

5. LadyAzurt - dari www.ladyazurt.com

Tag Source: Shuth > Alang

p/s: tawaran istimewa PerisianPercuma tinggal beberapa hari sahaja lagi.. :)



klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


  • mustahing Says:
    August 29th, 2007 at 8:37 am

    lepas ni saya pun nak cari member2 yang harus di tag..he he
    nanti kita tengok sapa yg kena

  • reezluv Says:
    September 4th, 2007 at 3:53 pm

    wa..skool kat Ayer Tawar rupanya..dekat ngan my kampung..hehe..kat Parit..:)

  • Azahari Says:
    September 4th, 2007 at 10:56 pm

    Hah…tak jauh tu…jom kome pegi Peghok..hehehe…
    Mak Ngah saya pun ada di Parit jugak..di Taman Parit Setia kalau tak salah… dulu titi kat situ paling bising di dunia…muakakkaka…
    adik beradik saya ramai dah cabot awal sebab dapat tawaran belajar kat sekolah lain, saya je kena stay kat situ sampai tingkatan 5… hehehe…

  • Abooain Says:
    September 5th, 2007 at 4:08 am

    kekeke dah kena dah, niat nak tag dia ……. nanti saya tulis di blog


*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word