


Assalamualaikum & Salah sejahtera.
Setelah sekian lama saya berusaha, akhirnya website PerisianPercuma.com telah berjaya disiapkan. Sebenarnya berat hati juga nak lancarkan sebab rasa macam ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan lagi. Oleh kerana saya rasa sudah tiba masanya, maka saya telah lancarkan pada kira-kira jam 01.30AM 20 Ogos 2007. Syukur semuanya berjalan dengan lancar.
Sekiranya ada cadangan atau pandangan, boleh hubungi saya melalui contact form di blog ini ataupun contact form di website tersebut. Ok kali ni saya nak beritahu beberapa perkara baru tentang website tersebut. Antaranya adalah :-
- Lebih banyak menu untuk di pilih. Sebelum ni cuma ada 2 link sahaja. Tujuannya memudahkan navigasi pelawat.
- Grafik yang cantik. Saya telah mengupah designer untuk melakukan imej semula website tersebut
- Kaedah bayaran PayPal telah ditambah untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran
- Ruangan FAQ (Frequently asked question) telah diadakan dan akan dikemaskini dari masa ke semasa
- Gambar banner tersebut adalah gambar saya sendiri. Saya tak gunakan free stock photo ye
- Contact form Ajax. Bukannya Ajax Fabuloso..kalau nak try, boleh pergi ke bahagian “contact” dan cuba hantar email kepada saya
- Beberapa kupon bonus telah ditambah hasil dari JV dengan rakan seperjuangan. (memang untung)
- Cover CD telah ditukar dengan versi baru yang lebih cantik.
- Borang pesanan melalui Pos telah disediakan untuk dicetak dan dihantar sekali dengan pesanan (lebih mudah)
- E-mail telah ditukar kerana sebelum ni saya menggunakan email dari percuma.net. (Percuma.net akan dilancarkan semula kelak)
- Terma & Syarat telah diletakkan di dalam FAQ untuk memudahkan rujukan.
Rasanya itulah antara perubahan yang ketara pada website baru ni. Ok sempena pelancaran website baru ni, ada satu tawaran istimewa untuk anda. Sekiranya anda ingin memiliki Pakej 3 CD Perisian Percuma, saya menawarkan harga RM15.00 sahaja untuk 10 5 orang pembeli terawal atau sehingga 30 Ogos 2007. Sekiranya saya telah dapat 5 orang tersebut dahulu, maka saya akan tutup tawaran istimewa tersebut.
CD Perisian Percuma yang ditawarkan adalah versi terkini, jadi tak perlu download di website lain untuk update perisian tersebut. Kalau berminat dengan tawaran di atas, boleh buat pesanan di website www.perisianpercuma.com




















August 26th, 2007 at 7:54 am
[…] Azahari - pembaca setia blog ini dan paling banyak meninggalkan […]
August 27th, 2007 at 5:56 pm
[…] Azahari […]
August 28th, 2007 at 4:04 am
[…] Azahari […]
August 28th, 2007 at 3:28 pm
Alamak dah tinggal berapa orang nie azahari??
August 28th, 2007 at 4:10 pm
kalau ikutkan dah tamat, tapi kalau saudara berminat juga boleh hubungi saya untuk dapat harga istimewa tersebut. Tapi kena cepat la ye…sebelum atau pada 30 Ogos 2007 je..
May 5th, 2008 at 4:28 am
[…] membuat pelancaran semula website PerisianPercuma.com, kini tibalah pula giliran website TeknikBlog.com. Kali ini saya akan membuat pembaharuan bukan […]