Recently Posted


Sementara menantikan pelancaran rasmi laman web perisianpercuma.com yang baru, saya ingin kongsi bersama anda imej yang cantik yang telah dilukis oleh kanak-kanak dengan menggunakan perisian Tux Paint. Sebelum ni saya cuma tunjuk beberapa lakaran sahaja di sini. Kali ini saya lihat lakaran atau lukisan yang dihasilkan semakin menarik dan hasilnya adalah diluar jangkaan saya. Walaupun perisian ini sungguh simple, tapi banyak features yang boleh di cuba seperti rubber stamp dan juga special effect. Untuk melihat gallery lengkap, klik di sini. Antara lakaran yang menarik di sini saya petik dari laman web Tux Paint :-

kanak-kanak planet harimau rumah pokok kaktus belon

Sekiranya anak anda telah menggunakan perisian Tux Paint ini dan ingin kongsikan lakaran di laman web rasmi Tux Paint, boleh Klik Di Sini untuk menghantar lakaran tersebut. Sekiranya anda ada anak kecil dan mempunyai komputer di rumah, apa kata latih kreativiti anak anda dengan melukis. Di samping tu dapat juga menghiburkan kanak-kanak dengan bunyi yang menarik.

Ada juga pelanggan yang telah menghubungi saya menyatakan keseronokan memiliki perisian Tux Paint dan terus memesan CD Koleksi 100 Perisian Terbuka. Sebelum ni hanya mencuba CD Perisian Terbuka sahaja. Harga saya tawarkan untuk Pakej 3 CD cuma RM20 je. Kalau anda pesan secara berasingan, tak dapatlah CD Linux Ubuntu Live percuma dari saya :) Banyak juga pesanan yang saya terima adalah dari kalangan guru dan juga pendidik. Sudah tentu perisian sebegini amat diperlukan tambah pula jika pihak sekolah yang mempunyai budget yang kecil.

Kepada yang masih belum memiliki Pakej 3 CD Koleksi Perisian Terbuka, boleh Klik Di Sini untuk membuat pesanan. Penghantaran adalah PERCUMA untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.



  • kaizen Says:
    November 8th, 2007 at 4:38 am

    abang azahari boleh carikan perisian percuma mengenai muzik.kira macam boleh main piano ke.buat lagu.abg pakar dalam cari perisian percuma ni.saya cari tak jumpa lah.


*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word