


Maaf kerana sudah agak lama tidak menulis. Sebenarnya baru sekarang saya dapat access internet dari rumah. Kalau sebelum ni cuma pakai di pejabat je. Baiklah kali ini saya ingin berkongsi dengan anda permainan untuk kanak-kanak.
Perisian Childsplay merupakan salah satu perisian percuma dan sumber terbuka. Perisian ini sungguh mudah digunakan dan amat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak samada di tadika, tabika mahupun sekolah rendah. Perisian percuma ini mempunyai pelbagai jenis permainan mudah antaranya adalah jenis mengingati, mengenal huruf, mengingati bunyi, dan juga teka silangkata mudah.

Perisian ini juga mempunyai plug-in yang membolehkan anda memasang permainan tambahan selain dari yang dibekalkan dengan fail asal. Perisian ini boleh dimainkan dengan menggunakan Windows (98/ME/2K/XP) , Linux dan juga Mac Os X.
Untuk download perisian ini, anda boleh dapatkannya di sini. Sekiranya anda ingin perisian ini di dalam bentuk CD, anda boleh memesannya di sini dengan penghantaran percuma terus ke pintu rumah anda.



















July 2nd, 2007 at 7:32 pm
[…] Link to Article linux Perisian untuk kanak-kanak tadika » Posted at | Maklumat Perisian […]
July 7th, 2007 at 10:35 am
aku takleh donlot ar camnie, sebab tuk kanak-kanak….hehehe
July 9th, 2007 at 12:39 am
Download takpe…jangan main pulak..hehehe.. kalau nak main ajak budak-budak sekali main
July 20th, 2007 at 7:50 am
wa.. bagusnye.. untung betul kanak2 zaman sekarang ni..
toleh kiri PS2, toleh kanan Wii..
toleh depan.. Childsplay..
hehehe..
apa kata awak masukkan dalam satu pek? jadikan free gift? sure ramai yg minat ni.. makcik saya jadi guru kat tadika.. bagus ni..
July 27th, 2007 at 1:44 am
Hm.. tak tau bile nak dapat anak..
berumahtangga pun belum lagi…
July 31st, 2007 at 7:41 am
baru dapat beri komen kat blog u…ni pun dah terlewat.
Memang best bila dapat satu satu perisian menarik ni..
Harap-harap JV berjalan lancar..