Recently Posted


Permainan Sokoban adalah asal dari perkataan Jepun yang membawa maksud “penjaga gudang” dan permainan ini mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 1982 oleh Hiroyuki Imabayashi. Permainan ini amat mudah tetapi memerlukan daya pemikiran yang kreatif.

permainan sokoban
Cara bermain permainan ini amat mudah sekali, anda mesti menolak bongkah yang ingin diletakkan pada lokasi yang telah ditetapkan dengan tidak menyebabkan bongkah tersebut tersangkut atau terhalang.Bongkah hanya boleh dialihkan dengan cara menolak ke hadapan sahaja. Permainan ini dikira tamat sekiranya anda berjaya mengalihkan bongkah tersebut kepada lokasi yang sepatutnya. Hanya satu bongkah sahaja yang boleh ditolak dalam satu masa dan tidak ada pergerakan menarik bongkah tersebut dibolehkan.

Permainan mudah ini adalah kira-kira 2.1MB sahaja dan boleh dipasang pada Windows 98 dan ke atas.Permainan ini bukan sahaja sesuai dimainkan oleh orang dewasa malah sesuai juga untuk kanak-kanak untuk mengasah minda.Untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh muat turun secara terus di sini ataupun memesan di sini dengan lebih banyak lagi permainan sumber terbuka. Klik di sini untuk keterangan lanjut.



klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


  • Alen Says:
    May 16th, 2007 at 8:22 am

    Ah! Sokoban .. mengingatkan saya waktu mula2 beli pc dulu - ada permainan Sokoban yg diberi percuma.

    Memang hebat sebab ianya simple tapi perlukan pemikiran yg kreatif.

  • percuma Says:
    May 16th, 2007 at 9:29 am

    ha’ah..memang simple..tapi pening jugak kepala nak solve…. saya pernah juga main game ni di linux, siap ada orang yang tolak bongkah tu.. :)

  • aman Says:
    May 18th, 2007 at 9:21 am

    baru first time dgr menda nie…jap nak download jap… :D


*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word