


Pernah guna perisian iTunes dari Apple? Perisian sumber terbuka yang dinamakan MusikCube adalah perisian yang seakan-akan perisian iTunes.Pengguna boleh menyusun muzik untuk mengikut album, genre ataupun secara rawak.Dynamic Playlist pada MusikCube pula terdapat fungsi seperti membolehkan anda memilih untuk menunjukkan “50 Last Played”, “50 newest” dan “10 most Played” juga “Favourite Album” & “Favourite Artist”.

Perisian MusikCube menyokong sistem Operasi Windows 2000, XP dan 2003 server dan versi ke atas. Perisian ini tidak boleh digunakan pada Windows 95, 98 atau ME.Format audio yang disokong oleh perisian sumber terbuka ini adalah ape,flac,mp4,aac,m4a,m4b,mp3,mpc,ogg,wav,aif,aiff,wma dan format cd audio yang lain melalui plugin.
Saiz perisian sumber terbuka ini ialah kira-kira 2.84MB sahaja.Untuk mendapatkan perisian ini, anda boleh pergi ke laman web rasmi perisian ini di sini atau memesan CD perisian terbuka di sini dengan penghantaran PERCUMA terus ke pintu rumah anda.Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini



















April 19th, 2007 at 9:28 am
he he… nampak ringan.. boleh mula mendownload…
wooshh!
April 20th, 2007 at 2:35 am
Lawatan sambil belajar…
April 20th, 2007 at 3:29 am
Hebat gak software ni…