



Bermain catur dengan komputer?Sebelum ni banyak juga permainan yang saya jumpa di internet tapi kebanyakan perisian permainan ni hanyalah demo atau shareware sahaja.
PouetChess merupakan permainan catur 3D yang anda boleh mainkan secara sendirian mahupun dengan komputer. Antaramuka permainan ini menarik kerana ianya membenarkan anda melihat dari pelbagai sudut.
Perisian ini dihasilkan dengan menggunakan perisian Blender yang juga perisian sumber terbuka. Untuk mendapatkan perisian ini secara terus, anda boleh dapatkannya di http://pouetchess.sourceforge.net/. Sekiranya anda ingin mendapatkan perisian ini beserta lebih 100 perisian percuma, anda boleh dapatkannya di sini.Penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia.



















February 20th, 2007 at 11:32 pm
satu permainan yg menarik dan menguji minda…boleh la main tapi tak la hebat .
Ada tak perisian percuma untuk membina ebook cover?
February 20th, 2007 at 11:58 pm
Perisian untuk membuat ebook cover kebanyakkannya adalah berasaskan photoshop. Kalau ada, nanti saya tulis di blog.percuma.net
February 22nd, 2007 at 5:32 am
i like this web
February 22nd, 2007 at 11:12 am
baru2 ni, saya terbaca tentang pemimpin tertinggi Unimap(kukum)
bercerita tentang pengalaman beliau mendidik/membesarkan anak2nya,
beliau mengaplikasikan apa yg beliau buat ketika main chess.
selain itu, beliau menekankan aspek agama, sahsiah dan akademik.
natijahnya, semuanya anak2nya berjaya dan belajar di luar negara.
peh, hebat juga permainan ni.
February 23rd, 2007 at 12:18 am
Saya pun suka main chess ni tapi tak gemar sangat main dengan komputer atau menggunakan komputer ni..rasa macam tak puas je
Kalau nak main tu pakai chess yang betul-betul baru ada feel.
Apapun, kalau takde masa nak open table nak main chess, perisian ni memang menarik!
February 24th, 2007 at 3:21 pm
cantik + informatid laman web saudara. mungkin berminat utk link swap. keep up the good work!