


Satu lagi perisian seakan sama dengan perisian notepad2. Perisian ini dinamakan Programmers Notepad. Perisian ini didatangkan dengan fungsi “syntax highlighting” untuk pengaturcaraan melibatkan C/C++,Java, HTML, CSS, XML, Visual Basic dan Perl.

Perisian sumber terbuka ini boleh didapati di sini dengan saiz kira-kira 1.3MB sahaja. Antara ciri menarik perisian ini adalah penggunaan Tabbed Multiple Document Interface yang memudahkan anda melihat dokumen-dokumen yang anda buka secara serentak.
Perisian sumber terbuka ini amat sesuai untuk tujuan pembelajaran samada di sekolah, universiti atau pusat pendidikan. Anda tidak perlu lagi membeli perisian yang mahal. Perisian ini merupakan antara ratusan perisian sumber terbuka yang anda boleh dapatkan di sini dengan penghantaran percuma.


You may be the one to comment first. Please leave your message below.
















