



DBDesigner merupakan perisian sumber terbuka membolehkan anda merekabentuk database yang ingin anda bangunkan di dalam satu perisian.Biasanya sekiranya anda perlu mereka database,anda boleh melakukan lakaran di kertas ataupun membuat lakaran menggunakan perisian seperti Visio.Dengan adanya perisian sumber terbuka ini,bukan sahaja menjimatkan malah melakukan fungsi lebih baik dari itu.
Perisian DBDesigner ini amat sesuai untuk tujuan pembelajaran atau pendidikan dalam merekabentuk sesebuah pengkalan data atau database.Perisian ini amat sesuai digunakan dengan MySQL-Database iaitu salah satu pangkalan data sumber terbuka yang popular.
Perisian sumber terbuka ini bersaiz 6.95MB.Anda boleh dapatkannya di sini. Bagi anda yang tidak mempunyai sambungan internet berkelajuan tinggi, ianya mungkin agak sukar untuk memuat turun perisian ini.Anda boleh memesan perisian ini dan lebih 100 perisian percuma yang lain di dalam CD yang kami tawarkan. Klik di sini untuk keterangan lanjut.


You may be the one to comment first. Please leave your message below.
















