Recently Posted


Kanta Pembesar

Perisian sumber terbuka ini membolehkan anda melihat dengan lebih jelas tulisan atau paparan pada komputer anda pada saiz yang besar. Anda boleh zoom kawasan yang anda ingin nampak lebih jelas atau mengubah saiz asal kanta tersebut samada untuk membesarkan lagi ataupun mengecilkan saiz kanta anda.

Perisian Virtual Magnifying Glass merupakan perisian utiliti memudahkan anda untuk melihat dengan lebih jelas paparan pada komputer anda. Perisian ini bersaiz 583KB sahaja dan anda boleh dapatkan di http://magnifier.sourceforge.net/

Sekiranya anda masih kurang jelas dengan apa yang anda lihat dengan kanta pembesar ini, anda boleh zoom dengan menggunakan scroll button pada mouse anda. Anda boleh pilih samada untuk mengecilkan sedikit pandangan atau menambah saiz pandangan anda. Untuk menghentikan kanta ini, anda tekan butang “ESC” pada keyboard anda.

Ingin dapatkan lebih lagi perisian untuk Windows? Kami mempunyai koleksi lebih 100 perisian sumber terbuka untuk Windows yang anda boleh gunakan untuk membuat e-book, grafik, 3D dan banyak lagi. Dapatkan di sini dengan penghantaran adalah percuma!

Saya ada jumpa satu blog yang tulis tentang perisian ini juga di siniĀ 



klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti



*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word