



Tux Racer merupakan salah satu permainan perisian sumber terbuka. Permainan ini menghendaki anda meluncurkan penguin anda sambil mengutip objek tertentu seperti ikan dan mengelak dari rintangan yang bakal anda tempuhi.
Permainan ini sesuai untuk semua peringkat umur. Ianya mempunyai pelbagai peringkat halangan dan tahap.Untuk bermain pada peringkat yang lebih tinggi,anda perlu melepasi tahap sebelumnya.
Anda boleh dapatkan terus perisian ini di sini atau dengan cara lebih mudah anda juga boleh memesan CD dari kami dan kami hantarkan CD tersebut secara percuma terus ke pintu rumah anda.
Tux Racer merupakan antara 26 permainan yang terkandung di dalam “CD Koleksi 100 Perisian Terbuka”.Dapatkan CD ini dan banyak lagi perisian yang berguna untuk membuat web,edit gambar,lukisan dan banyak lagi. Klik di sini untuk keterangan lanjut.



















April 17th, 2007 at 1:08 pm
good