


Perisian Permainan ini dinamakan Jooleem.Ianya merupakan permainan sumber terbuka yang mudah untuk dipasang dan dimainkan.Hanya satu peraturan di dalam permainan ini iaitu memilih empat bulatan yang sama warna untuk membentuk segi empat tepat.Semakin besar bentuk segi empat tepat yang anda hasilkan,semakin tinggi markah yang diberikan dan masa bermain juga akan bertambah.

Perisian ini amat sesuai dimainkan oleh semua peringkat umur dan saiz perisian adalah sekitar 11MB.Bagi yang menggunakan internet secara dial-up adalah satu kesulitan untuk mendapatkan permainan ini.Anda boleh mendapatkannya di
http://jooleem.sourceforge.net/
Bagi pengguna yang menggunakan dial-up,saya syorkan anda mendapatkan CD Koleksi 100 Perisian Terbuka kerana di dalam CD ini anda dapat perisian ini dan banyak lagi perisian terbuka yang lain dengan penghantaran percuma terus ke pintu rumah anda.Klik di sini untuk mendapatkannya.


You may be the one to comment first. Please leave your message below.
















