


Kalau sebelum ini saya menunjukkan perisian aplikasi dan utiliti,kali ini saya nak tunjukkan perisian permainan pula.
Pernah bermain permainan teka silang kata atau permainan membuat perkataan dari huruf-huruf?
Permainan ini adalah sesuai untuk menguji kecekapan dan kepandaian anda mengeja terutama dalam Bahasa Inggeris.Sebenarnya saya pernah jumpa permainan ini di yahoo games (kalau tak salah saya text twist) tapi nampak macam sama sahaja dengan permainan ini. Kalau di yahoo tu kalau nak main banyak kali kena guna full version.Tapi yang ini versi percuma sahaja.
Anagramarama merupakan permainan membina perkataan dari sekumpulan huruf.Anda boleh meneka atau mengeja perkataan yang terkandung di dalam kotak yang disediakan dari paling sedikit 3 huruf sahaja sehingga yang paling maksimum iaitu bilangan huruf pada perkataan tersebut.
Gambar dibawah adalah gambaran permainan ini.Anda boleh menaip perkataan yang anda tahu dan tekan enter.Bunyi “beep sound” akan kedengaran sekiranya perkataan yang salah dimasukkan dan satu “beep sound” yang lain pula untuk perkataan yang betul.Permainan ini dikira tamat sekiranya semua perkataan yang anda teka telah memenuhi ruang yang disediakan.

Untuk mendapatkan perisian percuma ini,anda boleh mengunjungi website tersebut di sini atau anda juga boleh memesan perisian percuma dari kami di sini dengan berpuluh lagi permainan dan perisian yang berguna dalam satu kolesi CD. Klik di sini untuk mendapatkannya.



















July 10th, 2008 at 7:53 am
very good.