Recently Posted


Salam sejahtera.

Perisian notepad yang saya tunjukkan di sini bukan perisian notepad yang biasa yang anda dilihat pada komputer anda.Ianya notepad yang mempunyai fungsi canggih.Bukan sahaja anda boleh gunakan untuk menaip nota ringkas tetapi juga sesuai untuk digunakan untuk anda yang membuat pengaturcaraan.

notepad2

Bagi yang menggunakan bahasa pengaturcaraan, ianya amat berkesan kerana teks di dalam perisian percuma ini boleh diwarnakan untuk mudah dilihat.Terdapat menu untuk nombor baris dipaparkan dan amat sesuai sekiranya anda membuat pengaturcaraan.Perisian sumber terbuka ini juga boleh melakukan minimize to tray,fungsi zoom,menukar format font dan banyak lagi.Anda juga boleh “save setting” perisian ini sekiranya anda rasa anda telah set kepada fungsi yang anda selesa digunakan.

Pelbagai jenis scheme boleh dipilih antaranya Web Source Code,XML Document,CSS Style Sheets,JavaScript,VBScript,Perl,CGI Script,ActionScript 2.0,C/C++ Source Code,C# Source Code,Resource Script,Makefiles,Java Source Code,Visual Basic,Pascal Source Code,Assembler,SQL Query,Python Script,NSIS Script,Configuration Files,Batch Files dan Diff Files.

Fungsi notepad2 juga tidak terhad kepada search sahaja tetapi merangkumi find & replace.
Fungsi ini memudahkan anda mencari perkataan yang anda mahu dan menggantikan dengan perkataan yang anda mahukan.Anda tidak perlu membuka dokumen dalam Word atau OpenOffice Writer semata-mata untuk menggunakan fungsi find & replace ini.
Saya amat menggalakkan anda mencuba perisian percuma ini kerana saiz adalah kecil (sekitar 0.5MB sahaja) & fungsi yang memang tiada tandingan dengan notepad biasa.
Anda boleh download & gunakan sekarang perisian percuma ini di laman berikut:-
http://www.flos-freeware.ch/

Notepad2 merupakan antara salah satu perisian yang terkandung di dalam “CD Perisian Terbuka”.Ada banyak lagi koleksi perisian percuma yang anda boleh dapati di dalam CD tersebut samada untuk membuat web,e-book,grafik,multimedia dan banyak lagi.Mengapa perlu download satu persatu sedangkan anda boleh dapati dengan mudah?
Klik di sini untuk keterangan lanjut.



klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti



*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word