Recently Posted


FileZilla merupakan perisian sumber terbuka FTP-client yang berguna dan senang digunakan.Ianya sangat sesuai untuk anda gunakan untuk anda muat turun atau muat naik (upload & download) samada digunakan untuk membuat website atau untuk anda muat turun fail di dalam talian.Saya suka menggunakan perisian ini untuk memindahkan fail dari komputer saya kepada server dengan hanya drag & drop sahaja.Anda tidak perlu tahu FTP command atau arahan FTP untuk memindahkan fail.

FTP Client mudah
Untuk memudahkan penghantaran fail,anda cuma perlu meletakkan Address(atau website) yang anda mahu muat turun atau naik,mengisi user dan password.(sekiranya ada).Sekiranya anda menggunakan FTP biasa,anda tidak perlu set pada Port dan hanya tekan Quick Connect sahaja dan anda akan disambungkan.Anda boleh pilih fail yang anda mahu muat naik (Sebelah kiri) dan drag & drop ke tempat yang anda tuju dan fail tersebut akan dipindahkan.

Paparan pada FileZilla
Gambaran di atas adalah setelah anda disambung ke remote site yang anda kehendaki.

Sekiranya anda seorang webmaster,perisian ini adalah satu keperluan untuk membina laman web.Anda juga boleh set file access seperti read,write dan execute dengan hanya pilih pada menu yang disediakan.

Dapatkan perisian percuma ini dengan melayari website rasmi di http://www.filezilla.org.

p/s: Anda boleh dapatkan lebih 90 perisian percuma di dalam CD Koleksi Perisian GNU.Klik di sini untuk keterangan lanjut



klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


  • protechwang Says:
    October 15th, 2006 at 1:54 pm

    Maklumat yang amat berguna bagi mereka yang inginkan maklumat dengan apa yang dikatakan dengan perisian sumber terbuka ini.

    Bagi saya, maklumat ini amat berguna.

    Boleh tak saudara masukkan dengan lebih jelas perisian ynag melibatkan linux. Terima kasih

  • SmartZul Says:
    October 15th, 2006 at 11:23 pm

    Saya juga guna program FTP yang ni.. My main FTP program.. :) Ringan dan tak berat walau ada beberapa kekurangan dia.. Namun, boleh dikatakan 90% proses upload file saya ke server menggunakan FileZilla. I love it! ;)

  • ZeMMs Says:
    October 17th, 2006 at 2:39 am

    Hmm.. tak penah lg saya guna FileZilla ni.. selama ni guna AceFTP sebab user-friendly. Tp version terbaru dah pakai trial pulak.. so kalau FileZilla pun user-friendly macam AceFTP… nak switch gak la. Thanks for the information btw :D

  • Affendi Says:
    October 18th, 2006 at 3:49 am

    yes, filezilla ni lah satu-satunya yang saya guna utk upload file ke server, sblm ni saya pakai smart ftp(not bad), tapi lepas pakai filezilla ni, rasa yg ini lagi sempoi. Cuma yg leceh, history record ada sampai 20 jer kalau x silap saya..

  • percuma Says:
    November 1st, 2006 at 3:38 am

    Dulu saya pakai cuteFTP tapi rasanya FilZilla ni lagi senang pakai.
    Saya memang tak suka simpan history kalau lepas transfer file takut digodam orang pulak…hehehe

  • mfyaacub Says:
    December 17th, 2006 at 4:16 pm

    hati hati…silap langkah terkena godaman anasir maya nanti…


*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word