



Maafkan saya mungkin tersalah tajuk.Tapi itulah hakikat yang kita patut terima sebenarnya ada juga yang tahu perisian winzip tetapi tidak tahu mencari keyword yang sesuai untuk mencari perisian zi[ di search engine.Kalau saya sebagai pengguna biasa pun mungkin akan menaip keyword yang sama kerana saya tahu tidak semua antara kita tahu lebih lanjut tentang perisian zip.
Ok lah di sini saya katakan bukan perisian Winzip percuma tapi perisian zip percuma.Bunyi macam sama tapi tak serupa.Perisian zip percuma ini adalah 7-zip.
Perisian 7-zip yang bercirikan sumber terbuka amat sesuai untuk kerja zip & unzip.Tak perlu lagi anda bayar lesen perisian zip tetapi cuma pakai yang percuma sahaja.
Perisian ini menyokong format zip standard seperti ZIP, CAB, RAR, ARJ, GZIP, BZIP2, TAR, CPIO, RPM dan DEB.
7-zip juga memberikan compression ratio (boleh juga dikatakan kadar mampatan) 2-10% lebih dari Winzip atau PKZip.Maknanya sekiranya kita mempunyai kapasiti simpanan data atau storage yang kecil,kita boleh menjimatkan kapasiti disc kita.Ia juga boleh mengurangkan sehingga 45% saiz fail sekiranya kita menggunakan format 7-zip.
Walaupun perisian ini percuma dan sumber terbuka,tetapi anda juga boleh mendaftar untuk mendapatkan technical support rasmi dari pembangun perisian ini sendiri.
7-zip merupakan antara salah satu perisian yang terkandung di dalam “CD Perisian Terbuka”.Ada banyak lagi koleksi perisian percuma yang anda boleh dapati di dalam CD tersebut samada untuk membuat web,grafik,multimedia dan banyak lagi.
Klik di sini untuk keterangan lanjut.




















October 27th, 2006 at 2:43 am
Alternatif baru yang bagus..