


HTTrack merupakan perisian percuma dan sumber terbuka yang membolehkan anda menyimpan (save) sesebuah website didalam PC anda dan boleh membukanya kembali tanpa talian internet. Anda boleh melihat website yang anda simpan tadi seolah-olah anda sedang online. Sekiranya anda tidak banyak masa untuk membaca secara online,perisian ini amat berguna. Anda hanya perlu beberapa langkah mudah seperti Nama projek anda,kategori dan nama website yang anda mahu simpan.Selepas satu klik,perisian ini akan mula merekod website yang anda ingin simpan beserta dengan imej dari website tersebut.
Perisian ini menyusun website asal kepada struktur asal supaya anda boleh melihat seolah-olah anda melihat secara online.Anda juga boleh menyambung muat turun sekiranya terdapat masalah talian.Perisian ini bersaiz kurang dari 4MB sahaja.
Anda boleh download secara terus di sini atau anda boleh mendapatkan lebih banyak perisian di dalam CD Koleksi Perisian GNU dengan penghantaran terus ke rumah anda dengan percuma. Klik di sini untuk keterangan lanjut


You may be the one to comment first. Please leave your message below.
















