
Bagi yang sudah biasa menggunakan perisian Microsoft Office terutama di pejabat, sudah tentunya tidak ada masalah apabila anda menggunakan perisian percuma Open Office. Perisian ini bukan sahaja percuma, malah setanding dengan perisian berbayar Microsoft Office.

Perisian ini didatangkan dengan aplikasi yang sinonim dengan Ms Office. Antaranya :-
- Writer - Setanding dengan perisian Microsoft Word
- Calc - Setanding dengan perisian Microsoft Excel
- Impress - Setanding dengan perisian Microsoft Power Point
- Base - Setanding fungsi di dalam Microsoft Access
Di samping itu juga, terdapat juga Draw di mana fungsinya hampir sama yang anda gunakan di dalam Microsoft Word apabila membuat carta ataupun membuat lakaran. Perisian ini telah berusia lebih dari 20 tahun dan boleh di pasang pada kebanyakan sistem operasi seperti Windows, GNU/Linux, Sun Solaris dan juga Apple Mac.
Versi terkini setakat artikel ini ditulis adalah 2.4.0 untuk Windows. Saiz perisian ini adalah kira-kira 128MB. Untuk muat turun, klik di sini.
Perisian Open Office merupakan salah satu perisian di dalam CD Perisian terbuka. Sekiranya anda ingin perisian ini bersama banyak lagi perisian percuma dihantar secara percuma ke pintu rumah anda, anda boleh dapatkannya dengan klik di sini.


VLC merupakan perisian sumber terbuka pemain media ataupun lebih dikenali sebagai media player. Apa yang menarik pada perisian ini adalah keupayaannya membuka hampir kesemua jenis media seperti MPEG-1, MPEG-2, MPEG-4, DivX, mp3, ogg, dan banyak lagi serta boleh juga memainkan DVD, VCD, dan pelbagai streaming media.Perisian ini juga boleh dipasang di kebanyakan sistem operasi yang popular seperti Windows, Mac OS dan juga lebih dari 12 jenis linux. Saiz perisian ini untuk digunakan pada Windows adalah kira-kira 10 MB sahaja dan ianya adalah perisian yang bebas dari sebarang adware, spyware dan juga virus. Saya sendiri lebih gemar menggunakan perisian VLC ini kerana saya tidak perlu memasang perisian lain untuk memainkan pelbagai jenis fail media yang saya ada.Berikut adalah screen shot perisian tersebut:-
Perisian ini juga boleh disesuaikan dengan “skin” yang menarik untuk disesuaikan dengan komputer anda seperti juga pemain media player lain seperti WinAmp dan lain-lain.Untuk memuat turun perisian ini, sila klik di sini… Sekiranya anda ingin perisian tersebut dimuatkan di dalam CD beserta banyak lagi perisian percuma yang lain, Klik Di Sini untuk senarai lengkap perisian percuma dengan penghantaran PERCUMA terus ke pintu rumah anda.


Bagi anda yang tercari-cari panduan menggunakan FileZilla, ini merupakan ebook yang lengkap menerangkan step-by-step bagaimana pemindahan file boleh dilakukan dengan FileZilla. Saya sendiri sudah lama menggunakan perisian ini dan ianya amat mudah digunakan. Walaupun terdapat perisian seperti CuteFTP, smartFTP dan lain-lain, tetapi ianya bukan sumber terbuka.
Ebook ini menerangkan antaranya :-
- Mempelajari asas internet - bagaimana ia berfungsi, proses
menjadi laman web - Nama domain dan hosting - Apa itu hosting, cara memilih
nama domain - FTP cara mudah - Step-by-Step bagaimana memindahkan file
ke server
Ebook ini disertakan Hak Jual Semula Master (Master Resale Rights) di mana anda boleh menjual kembali ebook ini dan dapatkan kembali modal anda dan boleh buat duit dengannya juga.
Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan internet pertama anda, ebook ini amat sesuai untuk anda kerana ianya menyediakan laman web jualan lengkap beserta panduan bagaimana anda konfigurasi file dan mula menjual.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.caraFTP.com.
Tawaran Istimewa Kepada Pembaca Blog
Sempena pelancaran ebook ini, saya ingin menawarkan kepada anda yang belum mendapatkan CD Perisian Terbuka dari PerisianPercuma.com iaitu harga istimewa CD Perisian Terbuka cuma tambah RM 5.00 sahaja untuk mendapatkannya.
Saya hanya menawarkan untuk 5 pembeli awal sahaja. Dapatkan ebook Panduan FTP sekarang. Promosi ini mungkin tamat pada bila-bila masa sahaja.


Jika sebelum ini anda agak sukar memuat turun Adobe Reader kerana saiz yang agak besar, kali ini anda boleh dapatkan perisian Sumatra PDF viewer. Saya telah mencuba perisian ini dan sangat kagum kerana saiznya adalah kira-kira 845KB sahaja.

Saya juga telah mencuba membuka dokumen PDF dengan ada “password” dan saya dapati ianya tidak bermasalah. Perisian ini juga boleh dipasang pada thumbdrive atau external hard disk kerana ianya tidak mempunyai fail external atau fail tambahan seperti dll.
Jika anda ingin mendapatkan perisian ini, anda boleh dapatkan secara terus dengan memuat turun pada laman web rasmi perisian Sumatra PDF ini.
Perisian Sumatra PDF merupakan salah satu perisian di dalam Koleksi 101 Perisian terbuka. Sekiranya anda ingin perisian ini bersama beratus-ratus lagi perisian percuma dihantar secara percuma ke pintu rumah anda, anda boleh dapatkannya di sini.


Beberapa hari lepas saya mendapat satu komen dari saudara Nor Azian yang menyatakan beliau menggunakan perisian Inkscape. Selepas saya melihat blog beliau, saya begitu tertarik dengan lukisan yang dihasilkan dengan Inkscape. Di sini saya paparkan beberapa lakaran yang dihasilkan oleh saudara Nor Azian.




Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Nor Azian kerana sudi berkongsi lakaran dengan pembaca blog ini.Sekiranya anda ingin melihat lebih lagi lakaran beliau menggunakan perisian percuma Inkscape, anda boleh layari laman blog beliau
di sini
Saya juga diberitahu oleh saudara Nor Azian sebelum ini beliau telah menggunakan perisian Corel Draw. Nampaknya perisian percuma ini tidak kurang hebat dengan perisian berbayar.
Sekiranya anda berminat untuk memiliki koleksi perisian percuma, anda boleh klik di sini dan dapatkannya dengan penghantaran percuma terus ke pintu rumah anda.

















